Simpan Kata Cinta



Note: If you encounter any issues while opening the Download PDF button, please utilize the online read button to access the complete book page.
Size | 28 MB (28,087 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 682 times |
Status | Available |
Last checked | 15 Hour ago! |
Author | Fizziany |
“Book Descriptions: Aril: Pelajar lelaki yang baru saja bertukar sekolah. Punya rupa. Ada gaya. Keluarganya orang berada. Maka dia cepat popular. Namun, di sebalik kesempurnaan yang dimiliki, dia sebenarnya bekas samseng, baru dibuang sekolah, pelajar bermasalah dan berseteru dengan bapanya.
Athirah: Dia pelajar terbaik. Penolong Ketua Pengawas. Penyandang jawatan penting dalam beberapa persatuan. Anak emas cikgu. Harapan sekolah, ayah dan ibu. Tapi itu sajalah yang dia ada. Selebihnya, dia tak punya apa-apa kerana keluarganya papa kedana. Sebagai anak sulung, tanggungjawab yang tergalas di bahu, melebihi kemampuannya. Jesteru itu, ketegasannya luar biasa.
“Garang. Sombong. Tak pedulikan aku. Tak ada perasaan. Keras. Tapi itu yang buat aku jatuh cinta…”- Aril.
Budak sekolah mana boleh bercinta!
Bapa Athirah takkan sesekali membenarkannya. Kalau masa berputar dan peluang terbuka sekalipun, masih ada jiwa yang takkan berhenti mencemburui mereka berdua.
Hanya takdir penentu segala.”