Akulah Kekasihmu

(By Aein Dhiyauddin)

Book Cover Watermark PDF Icon
Download PDF Read Ebook

Note: If you encounter any issues while opening the Download PDF button, please utilize the online read button to access the complete book page.

×


Size 23 MB (23,082 KB)
Format PDF
Downloaded 612 times
Status Available
Last checked 10 Hour ago!
Author Aein Dhiyauddin

“Book Descriptions: “Kenapa kau mengaku anak ni anak kau?” – ZULAIKHA

“Kau nak ke anak ni lahir tak ada bapak?” – HARIS

“Bukan salah kau. Kenapa kau nak pikul tanggungjawab ni?” – ZULAIKHA

“Kan aku cakap aku sayangkan kau. Aku suka kau sejak dulu.” – HARIS

Habis madu sepah dibuang. Begitulah nasib ZULAIKHA. Kerana terpedaya dengan rayuan dan janji manis sang tunang dia telah menyerahkan kehormatan dirinya sebelum diijabkabulkan. LUKMAN lelaki yang berjanji akan setia telah memfitnahnya setelah dia mengandung. Akibatnya dia dihalau keluar dari rumah.

Muncul HARIS, teman semasa kecilnya yang juga anak pemandu keluarganya, mahu memikul tanggungjawab yang LUKMAN tinggalkan. Mahu tidak mahu ZULAIKHA terpaksa setuju. Lagi pula dia takut ayahnya TAN SRI MUSTAPHA akan mengapa-apakan HARIS.

Selepas menikah ZULAIKHA dan HARIS hidup berdua di sebuah teratak kecil dan jauh dari kemewahan. Walaupun agak susah dan kesempitan wang, ZULAIKHA bahagia kerana HARIS melayannya dengan baik.

Tiba-tiba LUKMAN muncul kembali dan mengaku sebagai lelaki yang bertanggungjawab membuat ZULAIKHA mengandung. Merayu untuk disatukan dengan ZULAIKHA. TAN SRI MUSTAPHA meminta HARIS menceraikan puterinya selepas melahirkan. ZULAIKHA dalam dilema. Menurut kemahuan sang ayah dan kembali hidup mewah atau bersama lelaki yang tulus mencintanya.

ZULAIKHA sayangku, aku mahu kau bahagia walau hatiku menderita. Aku akan mencintaimu dari kejauhan. Kerana akulah kekasihmu hingga ke akhir hayat. – HARIS”