“Book Descriptions: Empat tahun bergelar isteri kepada lelaki sempurna seperti Quds Dzarif, Milia fikir dialah wanita paling bahagia. Pada mata orang sekeliling, mereka dianggap pasangan paling ideal.
Namun tiada siapa yang tahu hati seorang isteri sudah banyak terluka dengan sikap acuh tak acuh seorang suami. Dia hanya diberi kemewahan dari segi wang ringgit tapi hidupnya sunyi tanpa kasih sayang.
Milia tak nak terus menyakitkan hati sendiri. Pada masa yang sama, dia tidak mahu lelaki yang paling dicintai berdosa dengan mengabaikan dirinya. Lalu satu keputusan nekad dilakukan demi masa depan mereka.
“Milia nak bercerai.” - Milia “Baik. Kita jumpa di mahkamah.” - Quds Dzarif
Dia yang meminta tapi hatinya yang sakit apabila lelaki itu langsung tidak pertahankan dirinya. Apa lagi yang dia harapkan jika sudah terang hati lelaki itu bukan sepenuhnya miliknya?
Namun saat perpisahan berlaku, tiba-tiba sikap Quds berubah mendadak. Lelaki itu muncul dalam versi yang berbeza dalam hidup Milia sehingga dia keliru apa sebenar perasaan Quds terhadap dirinya.
“Kenapa baru sekarang abang nak pertahankan?” - Milia “Better late then never, sayang.” - Quds Dzarif
Apakah kesudahan rumah tangga Milia dan Quds? Dan benarkan selama mereka berkahwin, hanya Milia bertepuk sebelah tangan?” DRIVE