“Book Descriptions: NAIRA ALAINA seorang gadis sederhana dan ceria. Dia dikelilingi insan-insan yang menyayanginya. Namun tidak menduga rupanya sesingkat ini perjalanan kebahagian yang Tuhan berikan untuknya. Bermula daripada insiden ngeri yang berlaku telah membuatkan dunianya terus berubah sekelip mata. Kebahagiannya direntap dengan kejam sehingga malap dunianya. Dia sampai mati rasa, menderita dalam kesepian, malah lebih teruk apabila didiagnos penyakit PTSD.
“Everyone leave me including you, Haq.” - Naira Alaina
Selepas beberapa kali gagal, dia tidak berputus asa dan meneruskan hidup. Ada sesuatu yang perlu diperjuangkan. Dia membawa beban yang besar dengan mengharungi hidup sendirian, sehinggalah takdir menemukannya kembali dengan seseorang yang tidak pernah lupa dalam ingatan.
Kasih yang hilang telah kembali. Tapi sayang, selepas satu per satu rahsia terbongkar, dia tidak punya keyakinan untuk menjalinkan hubungan. Biarlah ia tersimpan menjadi rahsia hati.
“I used to be alone. I don't mind getting back where I was before. Happiness is not forever, I know that and I will be alright to survive alone.” - Koperal Naira Alaina
“If this break up means you can feel better, I have no regret.” - ASP Haq Naqiu
Saat sayang tak lagi bermakna, saat usaha tidak lagi dihargai, hanya mengungkit kesalahan dan kesilapan masa lalu... Naqiu mula mengerti dia patut berhenti sampai di sini. Buat apa dia memaksa pada sekeping hati yang tidak mahu memilih dan dimiliki.
Adakah ini benar-benar pengakhiran mereka? Apakah sukar untuk mereka kembali bahagia? Dan siapakah pengkhianat yang meragut kebahagian, meletakkan Naira dalam keadaan trauma, sehingga gadis itu berasa dirinya tidak pantas untuk bahagia?” DRIVE