Faris, Lelaki Kiriman Tuhan
(By Cik Bawang) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Cik Bawang |
Hayati kakak ipar Hanim iri hati dengan hidup Hanim yang ada segalanya. Jadi dia menggunakan Anis untuk membuat Faris dan Hanim tak bahagia.
"Aku ni mak dia. Aku nak anak aku membesar depan mata aku. Salah ke?" - Hayati
"Tak payah nak berdalih. Saya bukan kenal akak baru semalam. Dah bertahun! Akak nak Anis semata nak pergunakan dia untuk kesenangan akak. Akak bukan peduli pun pada dia selama ni!" - Faris
"Apa? Habis apa guna Anis balik ke rumah kami setiap hujung minggu tu kalau aku tak sayang anak aku!" - Hayati
"Sebab akak nak guna dia jadi pengasuh anak-anak akak! Lepas tu akak tinggalkan dia dekat rumah dan pergi berjoli!" - Faris
Tekad Faris mempertahankan Anis menghentikan segala tindakan Hayati. Faris fikir kehidupan mereka akan kembali aman, tetapi seperti bom jangka yang tak diduga. Tiba-tiba meletup dan memusnahkan segalanya.
“Haiyan Ad Deen bin Faris Ad Deen. Haidar Ad Deen bin Faris Ad Deen. Kenapa kakak Nur Anis binti Abdullah? Kakak bukan anak papa ke?” - Anis
Tiba-tiba rahsia yang disimpan mereka selama ini terbongkar membuatkan Anis kecewa dan memilih pergi.
“Papa tak pernah fikir kakak anak angkat. kakak anak kami! Papa dan mama jaga kakak sejak baru lahir. Kakak lebih kenal kami berbanding mak ayah kandung kakak sendiri.” - Faris
“Tapi hakikatnya kakak bukan anak kandung mama dan papa. Kakak anak angkat. Anak luar nikah. Tolong benarkan kakak duduk dengan ibu kandung kakak sendiri.” - Anis
Anis itu dunia Faris dan Hanim. Anis itu permata hati. Cinta mereka pada Anis tak bersyarat. Jadi mana mungkin mereka boleh lepaskan Anis pergi.
Tetapi kalau itu boleh membahagiakan Anis, mereka rela melepaskan walaupun sakit. Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka? Adakah Anis akan melihat betapa sayangnya Faris dan Hanim pada dia?”