Semangat Puaka

(By Akma Saidon)

Book Cover Watermark PDF Icon
Download PDF Read Ebook

Note: If you encounter any issues while opening the Download PDF button, please utilize the online read button to access the complete book page.

×


Size 24 MB (24,083 KB)
Format PDF
Downloaded 626 times
Status Available
Last checked 11 Hour ago!
Author Akma Saidon

“Book Descriptions: AKMA
KUDA KEPANG – JANJI
-Naura seringkali diganggu dengan kehadiran Cik Bunga. Semakin dekat dengan hari persandingannya, semakin menjadi-jadi gangguan dari Cik Bunga. Gangguan menjadi semakin parah apabila dia dan Amsyar selamat diijabkabulkan. Setiap kali maghrib menjelma, setiap kali itulah dia akan kerasukan. Jemputan dari Luth dan Seth, adik kepada Naura memperkenalkan dia dengan Hezzri dan Seirra, dua bersaudara yang mampu melihat akan kedatangan Cik Bunga. Mampukah Naura lari dari terus diganggu Cik Bunga? Mampukah pula Hezzri dan Seirra membantu keluarga itu dari gangguan demi gangguan yang berlaku? Apakah punca utama yang menyebabkan Cik Bunga terus-terusan menghantui hidup Naura?
AZY
DONDANG SAYANG – NYANYIAN PUAKA
-Alina yang sangat menyukai irama dondang sayang, dia mahu mengikut jejak langkah arwah ibu saudaranya yang sangat mahir dalam menyanyikan lagu tradisional dondang sayang hingga menjadi masyhur. Mak Temah melarang keras anak tunggalnya itu mengikut jejak langkah ibu saudaranya itu kerana Alina kerap kali diganggu lembaga hitam yang menakutkan apabila dia menyanyi. Delaila yang tiba-tiba muncul di kampung itu membuatkan Haji Rustam amat yakin yang Delaila juga ada maksud tersendiri datang ke kampung itu. Mungkinkah ada sesuatu yang membuatkan Alina diganggu makhluk hitam itu? Atau ada sesuatu yang belum terungkai menyebabkan Alina dilarang keras untuk menyanyi?
JERNEILA
WAYANG KULIT – JOGHO
-Tok Firus mewariskan patung wayang kulit yang dinamakan sebagai Jogho kepada Tok Kadir. Selepas kematian Tok Firus angkara perbuatan khianat, Tok Kadir menjaga Jogho dengan penuh amanah. Jogho diperasapkan pada setiap malam Jumaat ganjil. Hingga pada suatu hari, Ibrar cucu tunggal Tok Kadir pulang ke kampung untuk menghabiskan cuti semester. Bermacam kejadian aneh menimpa Ibrar. Ibrar menjadi lemah hari demi hari. Tanpa Tok Kadir sedar, puluhan tahun yang lalu semangat Jogho telah dihidupkan dengan menggunakan darah manusia.”