Di Bawah Teduhan Kisah Zulqarnain A.S.

(By Muhammad Syaari Ab. Rahman)

Book Cover Watermark PDF Icon
Download PDF Read Ebook

Note: If you encounter any issues while opening the Download PDF button, please utilize the online read button to access the complete book page.

×


Size 21 MB (21,080 KB)
Format PDF
Downloaded 584 times
Status Available
Last checked 8 Hour ago!
Author Muhammad Syaari Ab. Rahman

“Book Descriptions: Kepimpinan yang sebenar bukanlah sekadar memimpin untuk mengejar pertambahan duit dan keuntungan, bahkan kepimpinan itu bermaksud membangunkan potensi tersembunyi dalam diri orang yang di bawahnya meskipun mereka sendiri tidak menyedari potensi ini. Tembok kukuh akhirnya terbina dengan tenaga kerja rakyat tempatan yang selama ini buta potensi dan tidak menyedari bahawa mereka punya kekuatan dan aset untuk menghadapi apa jua bahaya di hadapan dengan kekuatan mereka sendiri. Mujurlah Zulqarnain AS hadir menyelia, membimbing, mengatur arahan, menegur dan menyusun mereka dengan penuh berkesan. Baginda hadir sebagai rahmat daripada tuhan buat penduduk antara dua pergunungan. Terima kasih buat cahaya daripada al Kahfi dan kisah kepimpinan daripada Al Quran.

Karya ini tidak berhasrat untuk membahaskan Zulqarnain dari aspek “siapa, bila, di mana” melainkan sekadar yang dipersembahkan al-Quran sahaja. Karya sederhana penuh infografik berusaha ke arah membisikkan beberapa kaedah-kaedah penting dalam tadabbur al-Quran seperti mentafsirkan ayat dengan ayat, hikmah penamaan surah, hikmah kalimah yang tidak berulang (al-fara’id), hikmah susunan kisah, kehalusan bahasa dan banyak lagi. Selamat membaca siri kedua “Di Bawah Teduhan” inshaallah !

Sebuah karya yang berusaha menjadikan 15 karakter kepimpinan Zulqarnain sebagai “cermin pandang belakang” untuk para pendakwah, pemimpin dan pencinta perubahan menelitinya. Menyahut seruan al-Quran sendiri agar memposisikan kisah Zulqarnain dengan kerangka “zikra” (peringatan), moga karya ini menyebabkan anda tidak sekali-kali meninggalkan surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat dan sekaligus beroleh salah satu cahaya darinya iaitu cahaya ketika diberi kuasa dan pengaruh (influencer) yang besar.”