Isteri Yang Tak Sempurna
(By Hana Efriena) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | Hana Efriena |
“Lelaki tadi tu anak aunty ya?” - Lasmaya
“Ya, Las. Kenapa? Las takutkan dia ke?” - Datin Zalbiah
Sedia maklum akan sikap angkuh Zhaqif. Tambahan pula wajah serius itu pasti menakutkan gadis seperti Lasmaya. Lagi-lagi bila Zhaqif sekadar menonong masuk tanpa menegur Lasmaya. Namun meleset andaian Datin Zalbiah tatkala Lasmaya menafikan andaiannya.
“Tak, Las tak takut. Anak aunty handsome. Las suka..” - Lasmaya
Datin Zalbiah ingat setakat itu sajalah pujian Lasmaya. Pabila Datin Laili datang membawa hajat, Datin Zalbiah jadi serba-salah hendak menolak.
“Las ada terserempak dengan Zhaqif ke, Zal? Balik rumah, malam tu juga dia buat perangai. Mengamuk nak aku kahwinkan dia dengan anak kau. Dia kata dia nak kahwin. Bila aku tanya dengan siapa? Dia sebut nama Zhaqif.” - Datin Laili
Datin Laili tahu dia tak layak pun nak buat permintaan sebegitu pada Datin Zalbiah. Terharu rasa hati bila Datin Zalbiah sudi mahu bermenantukan Lasmaya. Tapi apa pula kata Zhaqif? Mahukah lelaki itu setuju?
“Sebab dia autisme ke Zhaqif tak nak kahwin dengan dia?“ - Datin Zalbiah
“Yes. Yes. Yes. Sebab dia tak ‘sempurna’, Zhaq tak nak jadi suami dia!” - Zhaqif
“Tapi Zhaq yang terima pinangan tu. Mama tunjuk gambar Lasmaya, Zhaq terus setuju. Zhaq tak boleh buat macam ni.” - Datin Zalbiah
Salah Zhaqif sebab terburu-buru. Kononnya jatuh cinta pandang pertama. Lepas tengok gambar, terus berkenan. Tak sangka pula Lasmaya tu ‘tak sempurna’ seperti gadis-gadis lain. Puas dia menolak, jodoh tetap tertulis di antara dia dan Lasmaya. Lafaz ijab dan qabul termeterai. Namun hati tetap membenci.
“Ma.. mama suruh Las bawakan air untuk Zhaq. Mama kata ni salah satu tugas Las sebagai isteri Zhaq..” - Lasmaya
“Isteri?? Kau ni memang tak sedar diri betul kan, perempuan? Kau ingat aku ikhlas ke jadi suami kepada perempuan cacat otak macam kau?“ - Zhaqif
Acapkali dimarahi dan diherdik. Bahkan Zhaqif pernah sesekali naik tangan pada Lasmaya, membuatkan Lasmaya trauma dengan lelaki itu. Perpisahan dipinta, peliknya kenapa hati Zhaqif pula yang terasa pedih.
“Las nak balik rumah kita. Las tak nak duduk sini. Zhaqif tak suka Las. Dia marah Las. Dia pukul Las. Mama, bawa Las balik ya? Las nak ikut mama.” - Lasmaya
Risaukan emosi Lasmaya, Datin Laili meminta izin untuk membawa Lasmaya pergi. Saat itu jugalah satu berita sampai ke pengetahuan Datin Zalbiah. Datin Zalbiah tak tahu nak rasa gembira atau terkilan. Kerana dia tahu, Zhaqif hanya mempergunakan Lasmaya untuk kepentingan nafsunya semata-mata.
“Zhaq cakap Zhaq bencikan Las. Zhaq marah dia, Zhaq pukul dia. Tapi kenapa sekarang Las boleh mengandungkan benih Zhaq? Kalau soal nafsu, Zhaq tak rasa jijik pula nak sentuh Las. Manusia jenis apa Zhaq ni?” - Datin Zalbiah
Perit sindiran itu. Namun perit lagi pabila Lasmaya meraung-raung tidak mahu kembali dalam hidup Zhaqif semula. Mungkinkah jodoh itu masih milik Zhaqif dan Lasmaya? Atau hubungan mereka bakal ternoktah kerana khilaf Zhaqif sendiri?”