Hikayat Suwarga: Sukma Canderawasih

(By Tey Marzuki)

Book Cover Watermark PDF Icon
Download PDF Read Ebook

Note: If you encounter any issues while opening the Download PDF button, please utilize the online read button to access the complete book page.

×


Size 28 MB (28,087 KB)
Format PDF
Downloaded 682 times
Status Available
Last checked 15 Hour ago!
Author Tey Marzuki

“Book Descriptions: Ayu Candramaya tidak sesekali menyangka bahawa dia, seorang gadis comot yang hanya menjadi hamba di rumah sendiri itu mempunyai kelebihan yang tidak ada pada semua orang. Sejenis kesaktian, yang diwarisi daripada ibu kandung. Yang sebenarnya menjadi satu rahsia juga nanar dalam lipatan sejarah keluarganya.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka dengan seorang pendeta tua bernama Gentala turut membongkar satu demi satu rahsia yang selama ini disimpan rapi oleh sang bapa. Kecewa bercampur rasa ingin tahu yang membuak-buak membuatkan Ayu Candramaya nekad mahu keluar dari Syandana. Menuju Arga bersama-sama Gentala untuk belajar di sebuah sekolah sakti yang bernama Mustika. Biarpun mendapat tentangan daripada bapanya.

Mustika menyimpan seribu misteri. Walau dikelilingi teman juga lawan, kehidupan di sana tidak pernah sunyi. Ada tawa, ada tangis, ada suka dan ada duka. Namun dalam diam, ada yang mengintai peluang. Menggenggam kesumat dan dendam membara. Menunggu masa untuk merampas kesaktian yang ada pada Ayu Candramaya bagi melunaskan agenda hitam yang dirancang lama.”