“Book Descriptions: Ikatan perkahwinan yang terjalin di antara Nuha Syakira dan Aisy Ukail berlaku bukan atas kehendak kedua-dua belah pihak. Nuha terpaksa menerima Aisy sebagai suami kerana ingin menyelamatkan diri daripada kerakusan bapa saudara yang cuba merogolnya. Tidak Nuha sangka, tindakan itu seperti keluar mulut harimau dan masuk ke mulut buaya.
“Hoi! Membuta pula minah ni. Bangunlah!” – Aisy
Aisy Ukail. Lelaki yang punya segalanya. Dan lelaki ini tidak langsung takut berbuat dosa. Kelab malam sudah menjadi seperti rumah kedua baginya. Perempuan keliling pinggang menjadi lambang kebanggaan setiap masa. Bagi Aisy, hidup itu hanya sekali dan perlu dinikmati mengikut acuan sendiri.
"Kalau mama dapat tahu pasal hal malam tadi, siap kau aku kerjakan." – Aisy
"Jangan ingat aku takut dengan kau." – Nuha
Bagi Nuha hidup bersama Aisy bukanlah perkara mudah. Namun, permintaan ibu mentuanya membuatkan Nuha nekad. Dia perlu membuat sesuatu dan tidak hanya duduk menyerah kalah.
"Sampai bila-bila pun aku tak akan anggap kau sebagai isteri. So, jangan nak berharap sangat. Faham?" - Aisy
"Jangan sampai kau jilat ludah sendiri, Aisy Ukail. Waktu tu... dah terlambat." - Nuha
Berjayakah Nuha menawan hati dan merubah seorang Aisy Ukail? Adakah cinta yang bakal berputik dalam perhubungan yang nampak mustahil ini atau segalanya sudah terlambat untuk diselamatkan?” DRIVE