“Book Descriptions: Korea Utara merupakan satu-satunya tempat pada abad ke-21 yang tidak mempunyai kebebasan bergerak. Disebabkan itulah, ada rakyatnya yang nekad untuk melarikan diri ke Korea Selatan walaupun nyawa mereka menjadi taruhan.
Juyeong telah menghadiri temu duga di sebuah syarikat penerbitan. Di sana, dia bertemu dengan Ejen Perisikan Nasional bernama Ko yang memerintahkan Juyeong untuk memantau komen di Internet. Selepas pilihan raya presiden, Ko menawarkan pekerjaan kontrak kepada Juyeong di Yuniwon, sebuah organisasi yang membantu pelarian dari Korea Utara.
Di Yuniwon, Juyeong bertemu dengan pelarian dari Korea Utara yang telah melarikan diri ke Korea Selatan atas pelbagai sebab. Melalui kisah-kisah pelarian seperti Suji yang datang ke Korea Selatan bagi mencari kebebasan dan Changju yang ingin mencari wang untuk bermain bola sepak, Juyeong mulai memahami kehidupan pelarian dari Korea Utara yang bukan saja menderita kerana kesepian di tempat asing, tetapi mereka juga terpaksa terus membuktikan diri agar dapat diterima oleh masyarakat Korea Selatan” DRIVE