Mulanya Satu Cinta (Edisi Istimewa Skripsi)

(By Rose Harissa)

Book Cover Watermark PDF Icon
Download PDF Read Ebook

Note: If you encounter any issues while opening the Download PDF button, please utilize the online read button to access the complete book page.

×


Size 27 MB (27,086 KB)
Format PDF
Downloaded 668 times
Status Available
Last checked 14 Hour ago!
Author Rose Harissa

“Book Descriptions: EDDY EZLI berkahwin ketika mereka masih bergelar pelajar di Boston, USA. Malangnya usia perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun empat bulan. Tak sanggup hidup susah, Khairina meninggalkan Ezli dan anak mereka yang masih kecil. Mereka bercerai. Trauma dengan kegagalan rumah tangga, Ezlli menutup pintu hatinya. Sekembalinya ke Malaysia, Ezli bergantung penuh pada emaknya, Puan Faridah untuk menjaga dia dan Afi. Bagaimanapun Puan Faridah nekad merancang sesuatu demi masa depan Ezli dan Afi.

Iryanie, terdesak mahu cari pekerjaan demi menampung semester akhir pengajian. Dia nekad memohon kerja mengasuh anak Eddy Ezli. Permulaan perkenalan antara Ezli dan Iryanie sangat tak harmoni. Ezli sengaja mempamer sikap dingin agar Iryanie mengalah dan emaknya tak jadi pulang ke kampung.

“Isk! Stone cold betul! Rasanya dia memang patut diruqyah baru hati lembut agaknya…” - Iryanie

‘Ada hati dia nak ruqyah aku ya? Depan aku, kena tenung sikit dah tertunduk, pipi merah-merah…’ - Ezli.

Lama-kelamaan, hati Ezli mula melunak apabila melihat ketulusan Iryanie menjaga Afi. Hati mula terpaut sayang. Namun kehadiran Zamri yang ingin memperisterikan Iryanie dan kemunculan semula Khairina yang berkeras mahu menuntut hak hadhanah ke atas Afi, mengacaubilaukan hidup Ezli.

“Iryanie, aku tak mahu jadi majikan yang hanya memberi gaji bulanan pada kau. Aku mahu jadi lelaki yang memberi nafkah zahir dan batin kepada kau. Memberi seluruh cinta aku hanya untuk kau.

Apabila ujian demi uijian datang menimpa, mampukah Ezli dan Iryanie memperjuangkan cinta yang baru berputik. Akankah ada peluang untuk Ezli merasai kebahagiaan?

Semuanya terjawab dalam ‘Mulanya Satu Cinta’ versi baru 2022 yang lebih padat.”