BookShared
  • MEMBER AREA    
  • Si Dara Untuk Duda

    (By Hana Efriena)

    Book Cover Watermark PDF Icon Read Ebook
    ×
    Size 21 MB (21,080 KB)
    Format PDF
    Downloaded 584 times
    Last checked 8 Hour ago!
    Author Hana Efriena
    “Book Descriptions: Selalunya lelaki mengurat perempuan. Berbeza dengan Bilqis, dia yang terpaksa jalankan misi mengurat dahulu. Ingat senang ke nak pikat duda yang dah patah hati? Susah. Amat susah memandangkan Qaden Asytar dah letakkan ‘pagar’ supaya tiada mana-mana wanita dapat memasuki hatinya lagi.

    “Umi dah berkenan dengan anak kawan umi tu. Cantik orangnya, secantik namanya.. Bilqis Ufaira. Asy cubalah kenal-kenal dengan dia dulu. Mana tahu, hati Asy mampu terpaut. Lagipun kasihan dekat Insyirah, mesti anak perempuan Asy tu nak merasa belaian seorang ibu juga.” – Puan Azyan

    Puas Asytar mengelak, hidup dia jadi huru-hara bila Bilqis sendiri yang bertindak mengejarnya. Tanpa Asytar tahu, Bilqis dah lama mencintai dia. Dulu Bilqis terpaksa mengalah pabila mengetahui Asytar sudah pun mengahwini usahawan kosmetik terkenal bernama Sherina. Dan selepas lebih setahun Asytar bergelar duda, Bilqis nekad dia tak boleh lepaskan peluang yang ada lagi. Sekurang-kurangnya mencuba sebelum dia terus mengalah.

    “Kau siapa? Suka-suka hati masuk rumah umi tanpa izin.” – Qaden Asytar

    “Saya adalah si dara yang dihantar untuk menceriakan hari-hari duda kesepian seperti awak.” – Bilqis Ufaira

    Awal-awal pertemuan pun Bilqis dah ‘loyar buruk’. Baru hari pertama dia jumpa Bilqis, dia dah rasa panas hati. Inikan pula nak hadap setiap hari kalau dia dijodohkan dengan gadis itu? Oh, memang tidaklah.

    “Pertama kali aku jumpa perempuan terdesak macam kau. Selalunya perempuan terdesak ni ada dua kategori. Pertama, dah lama bergelar anak dara tua. Kedua, tamakkan harta bila tahu lelaki tu berkerjaya. Aku agak kau dalam kategori kedua.” – Qaden Asytar

    Aystar ingat Bilqis itu cuma gadis biasa-biasa. Ternyata tebakannya salah sama sekali pabila suatu hari dia ditemukan dengan Bilqis dalam situasi yang berbeza.

    “Terkejut tengok saya, Encik Qaden Asytar? By the way, saya kenalkan diri saya dulu. Dr. Bilqis Ufaira, doktor yang akan merawat encik hari ini. Silakan duduk, saya nak periksa kadar degupan jantung encik.” – Bilqis Ufaira

    “Aku datang ke sini, sebab demam. Sepatutnya yang paling utama kau kena periksa, suhu aku. Yang kau beria-ia nak check jantung aku dah kenapa?” – Qaden Asytar

    “Manalah tahu kalau-kalau jantung tu dah berdegup nada cinta bila tengok saya tadi. Naklah juga saya dengar, tentu indah melodinya kan? – Bilqis Ufaira

    Tak sudah-sudah Bilqis bagi ayat nak tundukkan Aystar. Memang tak berjaya. Namun bila Puan Azyan mula masuk campur, terpaksalah Asytar turunkan bendera putih tanda kekalahan. Tambahan pula bila pandang wajah Insyirah, dia jadi tak sampai hati. Betul kata Puan Azyan, Insyirah perlukan seorang ibu.

    “Aku bagi peluang kau pikat aku sampai dapat. Kalau dalam tempoh enam bulan masih tak berjaya, kita kena bawa haluan masing-masing. Kau setuju ke tak?” – Qaden Asytar

    Bermacam-macam cara Bilqis cuba untuk tawan sekeping hati milik Asytar. Asytar kata Asytar tak cintakan Bilqis. Tapi awal-awal lagi Asytar dah kecundang, sedangkan tempoh enam bulan itu masih belum berakhir. Sudahnya Bilqis tetap jadi isteri Asytar, dalam erti kata sebenar.

    “Awak dah sentuh saya, jadi lepas ni awak hanya akan jadi milik saya. Belajar mencintai saya daripada sekarang, Asy.” – Bilqis Ufaira

    “Aku sentuh kau sebab aku tak nak kau sekadar jadi ‘barang perhiasan’ dekat dalam rumah ni.” – Qaden Asytar

    Pengakuan Asytar, meremukkan hati Bilqis. Asytar cakap macam tu sebab ego dan trauma dengan kegagalan perkahwinan pertamanya. Bilqis pula dah malas hendak rendahkan maruah dia lagi. Sudahnya Bilqis buat keputusan, untuk minta tempoh bertenang daripada Asytar. Mereka memilih untuk tinggal berasingan buat sementara waktu. Asytar akur, anehnya baru beberapa hari Bilqis tak ada depan mata Asytar dah macam separuh sasau. Lagi-lagi bila Puan Azyan bagitahu Bilqis hamilkan anak dia.

    “Umi cakap kau pregnant.” – Qaden Asytar

    “So? Kandungan saya menyusahkan awak ke?” – Bilqis Ufaira

    Waktu ni giliran Bilqis pula yang dera hati dan perasaan Asytar. Asytar pun dah tak boleh nak nafikan lagi yang dia dah mula mencintai Bilqis. Asytar ingat senang nak tawan hati Bilqis semula. Meleset pabila Bilqis seolah-olah balas dendam pada dia. Bilqis kata, Asytar kena pikat dia sampai dapat. Agak-agak berjaya ke Asytar nanti? Atau akhirnya jodoh di antara mereka akan berakhir sebaik saja kandungan Bilqis dilahirkan ke dunia?”

    Google Drive Logo DRIVE
    Book 1

    Hilman

    ★★★★★

    Hash Aulia

    Book 1

    Baby Sayang

    ★★★★★

    Hash Aulia

    Book 1

    Dear Pak Cik Garang

    ★★★★★

    Hash Aulia

    Book 1

    Dia Untuk Aku

    ★★★★★

    Rehan Makhtar

    Book 1

    Isteri Yang Terbiar

    ★★★★★

    Hash Aulia

    Book 1

    The Border

    ★★★★★

    Effalee

    Book 1

    Two Of Us

    ★★★★★

    Moon Leeya Zafrina

    Book 1

    Dareen : Belong To Uncle Sexy

    ★★★★★

    Hash Aulia

    Book 1

    Tuan Andika : Her Forgotten Hubby

    ★★★★★

    Crystal Anabella

    Book 1

    Love, Yours

    ★★★★★

    Akyelrahim

    Book 1

    NIKINA

    ★★★★★

    Nadia Khan

    Book 1

    Diandra Perempuan Mata Duitan

    ★★★★★

    Crystal Anabella

    Book 1

    Ismat Dhaffa

    ★★★★★

    LollySnow

    Book 1

    ELITIS

    ★★★★★

    Nor Azida Ishak

    Book 1

    Pelukis Jalanan

    ★★★★★

    Teme Abdullah

    Book 1

    Anak Perempuan Dato' Pengarah ... yang Hanya untuk Aku

    ★★★★★

    Rehan Makhtar

    Book 1

    Faris, My Best Friend's Brother

    ★★★★★

    Cik Bawang

    Book 1

    Hikayat Allerednic

    ★★★★★

    Elvroseth