“Book Descriptions: “Masalahnya I tak suka ex-girlfriend you ada antara kita. Especially not on our date, Hud Zulkarnain!”
Nafas dihela kasar dengan bibir yang terketap kuat, risau kalau-kalau dia mengeluarkan kata-kata yang bakal menggores hati seorang suami gara-gara rasa marah yang tidak terbendung.
“Itu kisah enam tahun lepas, Dania.” Hud mengeluh lemah.
Fikirnya Dania tidak kisah memandangkan sebelum ini wanita itu tidak pernah berkira sekiranya adiknya Hayla turut menyibuk mengikut mereka keluar bersama.Tidak disangka pula reaksi Dania seteruk ini apabila hal tersebut melibatkan Najla.
“Selama ni okey aje kalau Hayla ikut kita keluar sama-sama. Tak ada pun you nak merungut macam ni…”
“Hud!” Nada Dania ternaik seoktaf tatkala Hud mula membandingkan situasi mereka saat ini dengan situasi ketika bersama Hayla.
“Hayla adik you. Adik kandung you. Najla tu siapa? Bukan siapa-siapa pun. Cuma bekas kekasih,”
“I anggap dia dah macam adik I, Nia. Dia membesar dalam keluarga I. You kena faham tu!”
Dania tergelak sinis mendengarkan bicara Hud. Bagai tidak percaya alasan itu yang diberikan oleh si suami.
“Adik? Adik apa? Adik angkat? Adik yang you boleh kahwin bila-bila masa yang you nak?”