My Dear One Intan Adra



Note: If you encounter any issues while opening the Download PDF button, please utilize the online read button to access the complete book page.
Size | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Status | Available |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | April Snow |
“Book Descriptions: Cinta akan hadir tepat pada saat dan ketikanya. Itu yang terjadi saat Tan Sri Syed Zukhairy terpandang Intan Adra buat pertama kali. Hati dan jiwa digugah tanpa runding kala mata terpanah susuk tubuh tinggi berbaju kurung kapas biru dan bertocang dua!
Bagaikan orang mengantuk dihadiahi bantal, si pencuri hati menjadi bff anak angkatnya; Yuni Sarahlisa.
“Intan Adra. Nama dia Intan Adra. Cantikkan nama bff baby tu, uncle daddy?”- Yuni.
Aturan yang cantik. Senanglah dapatkan segala maklumat. Senang diatur pelan strategik untuk dapatkan si dia. Namun rupanya ia tak semudah diharap. Beberapa pelan gagal; digagalkan Intan tanpa dia sedari. Pelan terakhir dirancang penuh teliti. Pelan yang menongkah arus. Segalanya demi seorang Intan Adra.
“I want you to be my PPEA.” -Tan Sri Syed Zukhairy.
“Tan Sri serius ke ni?” -Intan Adra
Ternyata Intan bukan sahaja memikat jiwa dengan personaliti indah. Kecekapan dan kebijaksanaannya sebagai pembantu peribadi menawan akal. Pujian rakan-rakan perniagaan diangkat sebagai bukti. Gadis ini pilihan suri hati yang tepat. Tidak salah lagi!
“I knew you were the one, the first time I saw you.” – Tan Sri Syed Zukahiry
“Saya memang suka Tan Sri. Tak tahulah Tan Sri macam mana. Suka saya ke macam saya suka Tan Sri.” – Intan Adra
Ikatan termeterai. Mereka rupanya saling suka. Saling cinta. Perkahwinan berpaksi cinta indahnya terlayar. Namun dugaan dan ujian tak memilih lawan. Kemunculan semula Rissa, bekas kekasih Tan Sri Syed Zukhairy menggugat percaya Intan padanya.
“I tahu you marah pada I pasal Rissa. I admit. I was wrong. I am truly sorry, sweetheart.”- Tan Sri Syed Zukhairy
“Dah pecah lubang baru nak mengaku, kan? Tak sangka you macam ni, Syed.”-Intan Adra
Tiada pantai yang tak dibadai ombak ganas. Tiada bumi yang tak dibasahi hujan. Ujian rumah tangga itu penguat ikatan. Keteguhan cinta itu pelerai segala ujian. Penghapus segala dugaan.”