Golden Eyes
(By Nadeelle)


Size | 28 MB (28,087 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 682 times |
Last checked | 15 Hour ago! |
Author | Nadeelle |
Ceria pada zahirnya. Namun, tiada siapa yang tahu, hidupnya dihantui pelbagai kejadian misteri yang tidak mampu dijangka dek akal waras manusia. Dia juga sentiasa dihantui dengan trauma masa lalunya.
Bagai dirantai dengan nasib malang, setiap kali hari ulangtahun kelahirannya menjelma, pasti akan ada salah seorang dari ahli keluarganya dibunuh di hadapan matanya sendiri. Kejadian itu berlarutan tanpa ada noktahnya.
Disebabkan insiden itu, dia sudah tiada sesiapa lagi di sisinya. Hidup sebatang kara tanpa ditemani oleh ahli keluarga sendiri. Selepas mengetahui dirinya juga diburu, dia terus melarikan diri ke dalam Hutan Isskyer di Negara Wolke. Ingin menyelamatkan diri dari terus menjadi sasaran pembunuh misteri seperti ahli keluarganya yang lain.
Damian Aswin Edzhar.
Seorang lelaki yang unik dengan mata emasnya. Sikapnya juga agak nakal dan manja. Namun, tiada siapa yang sangka di sebalik sikap nakal dan suka mengusiknya itu tersimpan sesuatu rahsia yang besar.
Kaya dan berkuasa. Itu ciri yang ada padanya.
Dia juga mempunyai sebuah hotel dan zoo yang dipenuhi dengan pelbagai haiwan. Dalam masa yang sama, dia juga merupakan pemilik Hutan Isskyer. Takdir menemukan dua insan yang berbeza latar belakangnya. Nadine ditemukan dengan Damien sewaktu dia melarikan diri ke dalam Hutan Isskyer.
“Stop it. You laughing like a monkey in pain.” - Nadine
"Looks like I'm very important to you, my little Hase." Damien
Pemburuan masih belum berakhir. Jika sebelum ini, Nadine yang menjadi sasaran pembunuh misteri itu. Tetapi kini, Damien juga terpalit sama. Nyawa mereka berdua kini berada di hujung tanduk. Disebabkan trauma masa lalunya jua, Nadine berasa takut jika Damien perlu menanggung nasib yang sama seperti ahli keluarganya yang lain. Dibunuh di hadapan matanya sendiri tanpa sedikit belas kasihan.
"I will kill you, little girl.”
Apakah sebenarnya motif pembunuhan itu berlaku? Mengapa setiap kali orang yang bersama Nadine akan menjadi mangsa pembunuh tersebut? Dapatkah Nadine meloloskan diri dari trauma masa lalunya?”