The Bachelor #1 : My Domineering Husband

(By Ameera Ameer)

Book Cover Watermark PDF Icon
Download PDF Read Ebook

Note: If you encounter any issues while opening the Download PDF button, please utilize the online read button to access the complete book page.

×


Size 28 MB (28,087 KB)
Format PDF
Downloaded 682 times
Status Available
Last checked 15 Hour ago!
Author Ameera Ameer

“Book Descriptions: Tujuh tahun mereka terpisah dan selama tempoh itu, Ghazril tidak pernah lelah mencari. Nadiene hilang tanpa dapat dikesan di mana jejaknya. Selepas tujuh tahun, Nadiene kembali ketika datuk kesayangannya pergi dijemput ilahi. Mereka bertemu kembali tetapi kenapa Nadiene sudah tidak seperti Nadiene yang dikenali tujuh tahun dahulu?
“It’s been a long time…” – Megat Ghazril
“It’s you?”- Nadiene Ameena
“Is this how you greet me after seven years?”- Megat Ghazril
Walaupun hati Nadiene sudah berubah tetapi cinta dia tetap sama. Dan dia akan gunakan walau apa cara sekalipun untuk memiliki hati Nadiene semula. Bukan hanya hati tetapi seluruh jiwa dan raga Nadiene juga. Pengkhianatan yang dilakukan oleh keluarga Nadiene telah membuka ruang kepada Ghazril untuk mengambil kesempatan. Di saat itulah dia hulurkan tangan untuk membantu sehingga membuatkan Nadiene berada di jalan buntu.
“Now tell me, who am I to you.” – Megat Ghazril
“My husband.” – Nadiene Ameena
“So, what should a husband do?” – Megat Ghazril
“Protect and take good care of his wife.” - Nadiene Ameena
“Is that all?” – Megat Ghazril
“No…” – Nadiene Ameena
Mereka bertekad untuk membina semula cinta yang hampir rebah. Tapi mampukah cinta mereka terus menjamin bahagia apabila ada kebenaran yang tiba-tiba diungkap dan tersingkap?
“You rasa kenapa dia beria nak tolong you?” – Puan Sri Latifah
“Because he loves me.” – Nadiene Ameena
“Love? You’re so naïve, Nadiene. I feel sorry for you. But people always say, better to get hurt by the truth than comforted with a lie.” – Puan Sri Latifah
Kebenaran memang menyakitkan. Tapi mampukah kebenaran memporak-perandakan dua hati yang saling mencintai? Tetapi di sebalik itu ada satu lagi kebenaran yang lebih perit untuk Nadiene terima apabila orang yang paling disayangi dan dipercayai punca segala malapetaka. Akan berdiamkah Ghazril atau terus mempertahankan apa yang sepatutnya menjadi milik dia?
Nadiene Ameena… She’s my one and only mine!
❤❤❤
Prolog I
“SIR, Tan Sri Syed Basheer has just passed away!”
Ghazril yang sedang leka meneliti dokumen di atas meja segera angkat kepala. “Say it again?” arahnya dengan muka yang tidak beriak. Wajah kalut Lin Jin dipandang tidak berkelip.
“Tan Sri Syed Basheer has passed away,” Lin Jin mengulang kata-katanya tadi.
Sebaik yakin dengan apa yang didengarinya, Ghazril terus sandarkan tubuhnya ke dinding kerusi. Wajah lelaki yang sudah menginjak usia hampir tujuh puluh lima tahun itu tiba-tiba terbayang di ruang mata. Tetapi bukan hanya wajah lelaki itu sahaja yang terlayar di kepala tetapi wajah cucu perempuan kepada lelaki itu juga turut bermain-main di minda.
“Did she come back?” Setelah lama berdiam, dia bersuara semula. Pembantu kanan merangkap pengawal peribadinya itu dipandang dengan riak yang masih seperti tadi. Beku, kaku dan tanpa perasaan.
Mengerti siapa gerangan ‘she’ yang ditanyakan, kepala diangguk. “Yes, sir. She’s just arrived from abroad,” balasnya pendek.
Kening dijungkit. “Abroad? Where?” soalnya ingin tahu. Selama tujuh tahun dia menjejak gadis itu tetapi gagal. Dan selama tujuh tahun itu jugalah gadis itu hilang tanpa dapat dikesan. Dan hari ini dia dikhabarkan gadis itu sebenarnya memang berada di luar negara?
“Japan.”
Jepun? Jadi maknanya selama ini gadis itu bersembunyi di negara matahari terbit tersebut? Patutlah dia gagal menjejak kerana sangkanya gadis itu melarikan diri ke negara Eropah. Terkejut dengan maklumat tersebut, Ghazril kembali mendiamkan diri sambil dagunya diusap-usap perlahan.
Lin Jin turut diam dan menanti soalan atau arahan dari majikannya itu seterusnya.
“Any details about the funeral?” Ghazril mengalihkan butir bicara mereka sedang minda masih lagi ligat memikirkan sesuatu.
“The funeral will be held at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara tomorrow morning around eight, sir.”
“Call Isa and ask him to go with me tomorrow,” arahnya.
“Alright sir,” Lin Jin mengangguk.
“Inform Lisa to cancel all my appointments for tomorrow,” arahnya lagi. “And please arrange someone to keep an eye on her. I want to know her every move,” tegasnya pula.
“Okay sir,” akur Lin Jin dan terus beredar.
Sebaik Lin Jin hilang dari pandangan dan daun pintu biliknya ditutup, Ghazril bingkas bangun. Langkah dihayun menuju ke dinding kaca biliknya dan dia terus berdiri di situ sambil mata liar merenung langit yang sedikit mendung ketika itu.
It’s been seven years Nadiene! And after seven years, we’ll meet again. Bisiknya dengan mata mencerlung memandang langit dan senyum sinis terukir di bibir.
Walau pertemuan itu sangat dia harapkan tetapi gembirakah dia? Atau dia sebenarnya sedang mencari peluang untuk membalas semula segala kesakitan dan kekecewaan yang dilaluinya selama ini?
❤❤❤
Prolog II
“Tak mungkin!” keras Nadiene bersuara. Tan Sri Johan, peguam peribadi datuknya itu dipandang dengan dahi berkerut-kerut. “Nadiene tak percaya Tok Abi serahkan semua share syarikat dan harta yang ad...”