Nigina & Sepurnama Cinta
(By Ameera Amer) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Ameera Amer |
Biar dunia kita berbeza tetapi hati kita tetap sama.
Gadis berambut perang dan bermata biru? Tiada apa yang Ikmal hairankan kerana ramai gadis melayu yang berpenampilan seperti itu sekarang. Tetapi, kenapa saat mengenali Nigina Rays Geofrey Adam, si genuine rambut perang bermata biru hati jadi penasaran dan tidak keruan?
“Macam mana saya boleh ada dekat sini?” – NIGINA
“Awak mabuk malam tadi dan saya tak tahu nak hantar awak ke mana,” – IKMAL
Terhutang budi dengan pertolongan Ikmal, Nigina mula menganggapkan lelaki itu sebagai hero. Hubungan biasa menjadi semakin mesra kerana jejaka berambut lurus separas bahu dan pemilik Little Pastry & Dessert Lover’s Café itu adalah pembuat pastry dan dessert yang paling digemarinya. Mintalah apa saja, pavlova, red velvet mahupun Sheperd Pie, sekelip mata semuanya pasti akan tersedia di hadapan mata.
“Between pavlova, red velvet and this cafe, which one do you like the most?” – IKMAL
“You!” – NIGINA
Kerana satu musibah yang menimpa keluarganya, Nigina dipaksa pulang ke negara asalnya. Mampukah Ikmal menahan atau terpaksa membiarkan si rambut perang bermata biru pujaan hatinya terbang pulang dan kembali ke negara tanah tumpah darahnya tanpa kerelaan?
“Why don’t we shake hands before I leave? No…let me hug you one last time,” - NIGINA
.
SEPRUNAMA CINTA
Cintaku bukan hanya sepurnama tetapi tidak terjangkau oleh masa!
Izmeer Redza, walau umurnya sudah menjangkau 35 tahun tetapi dia masih bersendiri. Bukan dia tiada naluri untuk mencintai tetapi demi menjaga amanah yang ditinggalkan untuknya, dia rela mengorbankan perasaan sendiri. Tetapi, pertemuan pertama dengan Maira Farisha ketika di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota London merubah segalanya.
Setahun berlalu dan mereka dipertemukan semula membuatkan perasaan Izmeer semakin membara. Namun akan terlihatkan kewujudan dirinya di mata Maira apabila si gadis digilai oleh ramai lelaki.
Do you really love me? – MAIRA FARISHA
More than what you can imagine – IZMEER REDZA
Memilih Izmeer melebihi cita-cita rupanya bukan seindah yang Maira sangkakan. Dalam diam ada hati yang terguris dan tersakiti. Demi memisahkan, penipuan demi penipuan tentang kehidupannya dijaja menyebabkan maruah dan harga dirinya tercalar.
I’m going back to London – MAIRA FARISHA
What about your wedding? – DATO SRI FARID
I want to break off the engagement. The wedding’s off! – MAIRA FARISHA
Akan berdiamkah Izmeer di saat dirinya dibuang atau bangkit mempertahankan cinta yang seharusnya menjadi miliknya?”