Antara Dua Mimpi

(By Hani Fazuha)

Book Cover Watermark PDF Icon
Download PDF Read Ebook

Note: If you encounter any issues while opening the Download PDF button, please utilize the online read button to access the complete book page.

×


Size 20 MB (20,079 KB)
Format PDF
Downloaded 570 times
Status Available
Last checked 7 Hour ago!
Author Hani Fazuha

“Book Descriptions: Blurb Dahsyat

Kata Adelia, Azam Haqq itu adalah lelaki merbahaya. Menakutkan tetapi dalam waktu yang sama, sangat melindungi.

Kata Azam, Adelia itu adalah Ariana, wanita jelmaan yang muncul dalam hidupnya suatu ketika dulu dan merosakkan fungsi otaknya.

“Kenapa kau tinggalkan aku dulu?” – Azam.
“Saya Adelia Farhana, bukan Adelia Ariana.” – Adelia.

Cinta dan dendam buatkan Azam mahu terus hidup dalam kekeliruan. Adelia harus menjadi seperti apa yang dia mahu.

“Saya dah jadi isteri awak, Azam. Apa lagi yang awak mahu?” – Adelia
“Tell me what I have to do to deserve you.”- Azam.

Setelah apa yang berlaku, setelah apa yang Azam lakukan, layakkah dia meminta sesuatu yang tidak sepatutnya daripada Adelia?

Jika kita mahukan pelangi, kita perlu bersabar dengan hujan.
.
.

Blurb Karamel

Nama : Nory Ana
Pekerjaan : Document Controller cum secretary
Nama Bos : Mohd Arif Mohammad

Kerja aku tak susah mana sebenarnya. Tapi yang susahnya bila jadi setiausaha pada Encik+Tak+Berapa+Arif tu.

“Ayong nak tidurlah!” Aku marah dengan mata terpejam.
“Yang awak berayang-ayang dengan saya ni kenapa?” Orang sebelah sana pun dah sibuk marah aku balik.
“Err.. bos, apasal call saya pukul....err.” Aku buka lampu kat tepi katil dan tengok jam handphone.

“Pukul dua setengah pagi.”
“Macam mana awak eja aluminium foil kat TTS ni?”

Dia call aku malam-malam buta sebab nak cakap fasal aluminium foil yang salah eja? Dia ni spesies Homo Sapien ke tak ni?

“Bos, esok saya kerja. Saya tukar esok je benda tu. Ni time manusia normal macam saya tidur. Saya tak ada darah Dracula.” Aku jawab malas.

“Saya nak awak buat balik semua ni.” Dia menjerit pula.
“Ya, bos. Nanti saya buat yang lain.” Aku dah separuh lena.
“Lagi satu, saya tak nak awak berayang-ayang bila jawab telefon.”

Aku terus buka mata yang dah separuh tertutup. Aku ada panggil ayang ke tadi?”