“Book Descriptions: Enggan menjadi anak derhaka, Dewi Balqis setuju mengikuti kelas imej Leo. Leo jiran yang merangkap teman mesranya.
"Berapa duit hantaran yang you expect daripada bakal suami you?"- LEO
"At least 50k."- DEWI
"Anak dara pemalas macam you, 5k pun dah rugi tahu? "- LEO
Mulut Leo memang pedas berbisa. Tapi, dalam diam. jiwanya berlagu asmara.
"You pakai apa pun, my heart will always beat for you."- LEO
"Kalau jantung tak berdenyut. Matilah. Apa punya perumpamaan!"- DEWI
Jiwa Dewi terusik dengan keletah encik jiran. Malangnya hati Dewi sudah ditakluki jejaka lain.
"You jangan ingat I buta, Dewi. I nampaklah cara you pandang Leo macam mana!" - GIBRAN
Gibran dibadai cemburu bila kekasih hati direbut sepupu sendiri. Dewi pula serba salah hendak memilih. Gibran cinta pertamanya. namun godaan Leo mampu meletuskan bunga api di jiwanya.
Kemunculan Ellen dan Freddie mengundang seribu satu krisis dalam hidup Dewi. Di situlah Leo menjadi penyelamat untuk Dewi. Menjadi dahan untuk dia berpaut menumpang kekuatan.
Haruskah Dewi menolak cinta Leo saat kalbunya menjerit inginkan lelaki itu sedangkan dia sudah ada Gibran? Gibran, mampukah melepaskan seseorang yang sudah sebati di jiwanya?
Bagaimana dengan Leo.. ikhlaskah dia mencintai Dewi atau semuanya sekadar cabaran?
Dia, gadis yang memilih untuk jatuh cinta. Dia, lelaki yang terpilih untuk memberikan seluruh cinta. Namun, untuk menyulam bahagia bukan semudah yang disangka kerana akan ada syarat derita yang menunggu di sana...” DRIVE