My Dangerous Arlo Russo



Note: If you encounter any issues while opening the Download PDF button, please utilize the online read button to access the complete book page.
Size | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Status | Available |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Mum Linz |
“Book Descriptions: Hanya kerana satu kejadian, telah menarik minat Arlo Russo, ketua mafia Itali yang kejam dan berdarah sejuk itu untuk menjadikan Darwina sebagai tawanan di rumah agamnya. Bagi Darwina pula, perkara itu langsung tidak pernah terlintas di fikirannya. Apa salah dia?
“You caught my interest. As I said before, I want you so bad.” - Arlo Russo
“Let me go! I’d rather die than being with you. I’m not yours!” - Darwina
Kata orang bila dah sebumbung, rasa benci pasti akan bertukar jadi suka. Atau mungkin lebih dari itu. Dan gelaran ‘tesoro’ selalu menjadi mainan di bibir lelaki itu.
Tapi segalanya mula berubah apabila satu rahsia tentang Darwina terungkai. Darwina adalah wanita yang dia cari selama ini. Wanita yang mempunyai kaitan dengan kematian orang tuanya. Namun belum sempat masalah dirungkaikan, Arlo telah kehilangan memori tentang Darwina.
“Kita pernah kenal ke?” - Arlo Russo
“Arlo... you dah lupakan I ke? Semudah itu?” - Darwina
Dan demi mengembalikan semula memori dan kisah tentang mereka, Darwina sanggup mengahwini Arlo. Tapi sikap Arlo selepas itu seolah-olah sebaliknya. Darwina mula ragu-ragu.
“Morning kiss I mana, tesoro?” - Arlo Russo
“You ada ingat apa-apa? Pasal kita?” - Darwina
Apa yang bakal terjadi antara mereka? Berjayakah Darwina mengembalikan Arlo Russonya yang dahulu? Dari bumi Itali, ke bumi Malaysia. Akhirnya bertemu juga.
❤❤❤❤
BUNYI tembakan yang datangnya dari arah Arlo memaksa Darwina menoleh. Dilihat lelaki yang memukul Arlo tadi sudah berlumuran darah. Manakala Arlo sudah diangkat dan dipapah oleh Mike. Arlo kelihatan lemah dan tidak berdaya. Pertama kali dia melihat Arlo sebegitu. Kakinya semakin kuat meronta-ronta. Dia ingin bebas. Dia mesti ikut Arlo. Dia mahu tahu keadaan Arlo. “Ya Allah, selamatkanlah Arlo.” Doanya tak putus-putus. “Jangan meronta.”
Terhenti rontaan Darwina apabila ada satu suara garau menegurnya. Terpacak figura Cruz di depannya dengan raut wajah yang tegang. Suara Cruz juga kedengaran keras. “Kalau aku lepaskan kau... kau mesti janji dengan aku.” Darwina senyap. Tiada jawab balas darinya. Seakan sudah dapat mengagak apa yang bakal keluar dari mulut Cruz. “Kau jauhkan diri dari Arlo. Jangan muncul depan dia lagi. Disebabkan kau, dah dua kali dia cedera. Untuk pengetahuan kau, sebelum ini Arlo Russo tak pernah tercedera. Tapi sebab nak selamatkan kau, dia sanggup menjadi mangsa.”
Darwina menunduk. Betullah apa yang terdetik di hatinya tadi. Cruz memang mahu pisahkan dia dengan Arlo. Semua kesalahan diletakkan di atas bahunya. “Arlo tak sesuai dengan perempuan seperti kau.” Cruz membongkok. Tali yang melilit pergelangan tangan Darwina segera dirungkaikan. Buat sekian kalinya ayat Cruz menyakitkan perasaan Darwina. Sebaik saja tangan halus itu sudah bebas, Darwina segera menarik gumpalan kain yang tersekat di dalam mulutnya. Kemudian tangannya beralih ke kaki pula. Ikatan pada kaki dileraikan.
Saat dia mengangkat muka, mata memandang wajah Cruz yang masih menanti jawapan daripadanya. “Kalau kau sayangkan dia, lepaskan dia. Kau jangan muncul di depan dia. Selamanya.” Ulang Cruz lagi. Maksud yang sama, cuma dengan ayat yang berbeza. Darwina menarik nafas panjang. Seolah mencari kekuatan untuk melafazkan kata. “Kalau itu yang terbaik buat Arlo, aku akan turuti.”
“Good. Aku akan aturkan semuanya. Pastikan tiada siapa yang tahu selain dari kita berdua.”
Darwina meliarkan mata memandang ke sekeliling. Bergelimpangan mayat di atas lantai di gudang itu. Suasana yang riuh tadi sudah menjadi senyap sunyi. Tiada lagi bunyi senjata atau tempikan. Yang ada hanyalah bau hanyir darah yang menusuk hidung. Lalu Darwina melarikan anak matanya ke arah pintu gudang. Di situ, kelihatan Lucas sedang memandangnya dengan pandangan yang tak dapat dia mengertikan. Saat Lucas menundukkan sedikit badannya, seolah-olah tanda perpisahan, air mata Darwina menitis lagi.
Mulutnya bergerak mengucapkan selamat tinggal tanpa suara. “Selamat tinggal, Arlo Russo. Selamat tinggal bumi Itali.””