Memori Inara
(By Sara Aisha) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Sara Aisha |
Semuanya bermula dengan pengakuan itu. Aku tiba-tiba menjadi isteri kepada Gibran Lutfi, lelaki yang tidak pernah aku kenal seumur hidup aku. Kata mereka, kami pasangan pencinta sejati. Sanggup mempertaruhkan nyawa demi satu sama lain. Kegilaan apa ini? Aku cuma ada tunang. Dan tunang itu bukanlah seorang Gibran Lutfi.
“Ara kehilangan memori empat tahun ini.”
Hilang ingatan? Drama apa yang sedang mereka main? Aku tidak percaya! Tetapi sayang, itulah hakikatnya. Aku tidak ingat apa yang berlaku sejak empat tahun yang lalu. Kata mereka lagi, semuanya gara-gara sebuah kemalangan.
Namun…
Benarkah ada kemalangan yang berlaku? Kenapa aku seringkali dihantui mimpi-mimpi menakutkan? Kenapa aku seringkali mendengar suara-suara aneh? Dan juga, kenapa aku selalu nampak dia berlumuran dengan darah?
“Aku nak kau mati.” - Dia
“Darah dibayar dengan darah. Nyawa dibayar dengan nyawa.” - Gibran
Semakin aku cari kebenaran, semakin aku buntu. Apatah lagi, bila hati mula berdetak aneh. Melihat lelaki itu sahaja, sudah mampu membuatkan aku senyum sendiri.
“How do you feel?”
“Macam orang kena kahwin paksa.”
“Then, you will fall for me.”
“Huh?”
“Dalam drama kahwin paksa, hero-heroin selalu ended up jatuh cinta dan live happily ever after, kan?”
Mampukah kami betul-betul live happily ever after, bila aku dikelilingi rahsia demi rahsia? Pembohongan demi pembohongan? Kata Gibran, demi melindungiku. Tetapi, daripada siapa? Apa yang sudah berlaku dalam empat tahun ini? Dan kenapa pula, ada tangan yang mahu mencabut nyawaku?”