Drive-thru Mr. Satay

(By Aii Fariza)

Book Cover Watermark PDF Icon
Download PDF Read Ebook

Note: If you encounter any issues while opening the Download PDF button, please utilize the online read button to access the complete book page.

×


Size 27 MB (27,086 KB)
Format PDF
Downloaded 668 times
Status Available
Last checked 14 Hour ago!
Author Aii Fariza

“Book Descriptions: “Izz....”
“Hmmm....”
Pipiku terasa diusap lembut. Belaian yang selalu Daniel Mirza berikan. Danny? Tapi aku dah putus dengan playboy tu dan Danny tak pernah panggil aku Izz!
“Izz....”
Terasa seperti suara itu begitu dekat dengan telingaku.

Bagaikan diseru, aku celikkan mata yang terkatup dek rasa mengantuk. Aku menggosok mata. Terperanjat. Kereta sudah pun berhenti di pekarangan rumah banglo daddy dan mummy. Malah, kereta orang tuaku telah berada di garaj.

Buntang mataku. Kali ini aku lebih terkejut. Rupanya kepalaku terlentok di bahu Amirul. Malah, tanganku ‘gatal’ memeluk erat lengannya. Amboi, manjanya aksi kau, Reeza! Tempelak hatiku.

Perlahan-lahan aku angkat kepala seraya merungkaikan pelukan di lengan Amirul.

“Pak Mat mana?” Aku pura-pura menoleh ke kanan dan kiri. Konon mencari kelibat Pak Mat, driver keluargaku. Aku sengaja tidak memandang muka Amirul. Perasaan malu masih berbaki dek perbuatanku yang di luar kesedaran.
“Untung jadi Pak Mat, bangun tidur Izz terus cari dia,” tutur Amirul bersahaja.
Aku ketip mulut seperti tersalah cakap.
“Pak Mat dah masuk rumah setengah jam yang lepas.” Amirul berkata lagi bila aku hilang modal untuk bersuara.
“Kita dah sampai setengah jam tadi? Kenapa awak tak bangunkan saya?” soalku sambil menayang kerutan di dahi.
“Abang tak sampai hati. Lena sangat Izz tidur atas bahu abang.”

Sekali lagi aku dilanda segan. Hilang kerutan di dahi, tapi pipi pula terasa hangat. Mujur suasana malam mengaburi perubahan wajahku yang cepat merah. Perlu ke Amirul sebut perihal aku tidur di bahunya? Memang aku nyenyak berbantalkan bahunya yang lebar. Cuma tang peluk lengan Amirul tu sumpah aku tak sengaja. Semuanya didorong oleh tindakan minda bawah sedar.

“Saya penat sebab tu tertidur,” ujarku demi menutup malu. Aduh, bilalah aku boleh keluar dari kereta ni?! Hati memberontak lantaran cemas berlamaan di tempat duduk belakang dengannya.
Amirul tidak berkata apa-apa. Sebaliknya dia hulurkan tangan. Aku terpinga-pinga.
“Abang tahu Izz penat. Jom, kita masuk dalam. Izz boleh sambung tidur.”
Tanpa berlengah aku menyambut tangannya. Tatkala telapak tangan kami bersatu, Amirul menarik tubuhku rapat kepadanya. Belum sempat suaraku memprotes, bibir Amirul mencecah pipiku sekilas.

Terpanar. Spontan aku menyentuh pipi. Aksiku seperti gadis naif.

“Ke… kenapa awak cium saya?” Disebabkan terlalu terkejut mulutku terlanjur bertanya. Perlukah ada sebab bila Amirul cium kau, Reeza? In fact, he is your husband!
“Errr… Izz marah dengan tindakan abang?” Amirul tampak serba salah.
Geleng. Aku tidak boleh marah kerana Amirul bebas memberi sentuhan terhadapku.
“Saya tak marah… cuma terkejut.” Mukaku tertunduk.
Tangan kasar Amirul hinggap di daguku. Dia menarik wajahku supaya pandangan kami bertemu.
“Kalau ada tindakan abang yang Izz tak rela, Izz boleh suarakan. Jangan pendam atau paksa diri Izz. Ini kali pertama abang kendalikan hati seorang perempuan. Adakalanya abang akan tersalah cakap atau tersalah tindakan.”

Aku tidak berkata selain mengangguk. Hatiku tersentuh dengan tutur kata Amirul yang sopan dan berhemah. Dia nyata sedang belajar memahami diriku. Meletakkan hubungan kami di tingkat teratas yang perlu dilindunginya. Betapa aku melihat kesungguhan seorang suami untuk mengenali isteri sepertiku.

“Jom kita masuk rumah daddy,” ajaknya.

Wok Minah membuka pintu setelah aku membunyikan loceng pintu. Aku menonong masuk sedang Amirul pula mengucapkan terima kasih kepada Wok Minah. Kemudian Amirul memperkenalkan dirinya. Pembantu rumah itu kelihatan tersenyum segan disapa ramah oleh Amirul.

Aku menunggu di anak tangga. Amirul mendekatiku setelah mengucapkan selamat malam kepada Wok Minah. Tanganku dicapainya ketika kami mendaki ke tingkat atas. Seolah-olah bilik yang kami tuju itu ialah biliknya.

Setelah pintu kamar ditutup oleh Amirul, aku tiba-tiba jadi tidak keruan. Berdebar semacam. Kini tinggal kami berdua dalam satu ruang yang dilengkapi sebuah katil. Suasana sudah jauh lewat malam. Aktiviti yang sesuai dikala ini hanyalah tidur. Dan tidur jenis apakah yang akan aku lalui lewat malam ini? Apakah Amirul akan menuntut haknya sebagai suami? Pasrahkah aku jika dia menuntut?

“Awak mandilah dulu. Saya keluar sekejap.” Aku berpaling untuk keluar dari bilik. Namun, aku terlupa bahawa Amirul sedang berdiri di belakangku. Maka terjadilah adegan berlanggar, tapi mujur tangan Amirul cekap merangkul pinggangku.
Terkelip-kelip mataku. Terkejut dan terpegun.
“Sorry,” lafazku tanpa sedar. Sorry? Kenapa aku minta maaf? Aku ada buat salah ke? It should be THANK YOU, Reeza! Aku kemam mulut.
Amirul senyum. Aku perasan kedua belah pipinya berlekuk lesung pipit. Manis. Good, that was your first compliment about him! Aku telan liur mendengar hatiku memuji Amirul.
“Izz nak ke mana?”
“Errr... ke dapur. Dahaga.” Tergagap-gagap aku menjawab pertanyaan. Nampak sangat yang aku sengaja nak lari dari duduk berduaan dengannya di dalam kamar ini.
Bagaikan mengerti pe...”