Tanya Dia Tentang Cinta
(By Ameera Ameer) Read EbookSize | 26 MB (26,085 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 654 times |
Last checked | 13 Hour ago! |
Author | Ameera Ameer |
Itu kata-kata yang pernah diucapkan empat tahun dulu. Kerana itu hidup Mohd Ziyad Uzair merana. Sangkanya, cinta tulusnya dihargai tetapi apa yang berlaku, sebaliknya. Sangkanya juga, cerita cintanya terus mati di situ tetapi pertemuan semula dengan Puteri Chempaka Emelyn merubah segala.
Menyesal? Rasa bersalah? Itulah rasa yang sering menghantui hidup Puteri selama empat tahun. Sangkanya, cerita empat tahun dulu akan terus berkubur tetapi rupanya Allah telah mengatur perancangan lain untuknya. Dia dilamar dan yang melamarnya ialah mama dan papa Ziyad sendiri!
Puteri + Ziyad = Perkahwinan?
Mungkinkah? Jika itu takdir yang Allah tulis, maka siapa mereka untuk menidakkan. Tetapi, mampukah perkahwinan yang dibina kerana ada rasa benci dan curiga menemui keserasian atau lebih tepat lagi bertahan?
“Kau tahu apa maksud aku. Kalau dulu kau boleh buat apa saja, aku rasa sekarang pun kau boleh. Cuma aku tertanya-tanya, kau kahwin dengan aku sebab apa ya? Nak aku jadi pak sanggup?” – Mohd Ziyad Uzair
Mungkin tidak bagi Ziyad tetapi bukan kepada Puteri. Tekadnya, hati Ziyad akan ditawan semula. Tetapi mampukah dia apabila Ziyad terus beku dan kaku dengan setiap godaannya?
“Awak malu ke Doktor Ziyad... melihat isteri sendiri salin baju? Saya bukannya orang lain, isteri awak juga. Lagipun dah halal cuma awak aje yang jual mahal.” – Puteri Chempaka Emelyn
Setiap kebahagiaan pasti akan datang dugaan. Oleh kerana satu peristiwa yang dirancang dan terungkainya kisah silam, perkahwinan Ziyad dan Puteri tiba-tiba dilanda badai. Benarlah, rasa cinta saja belum cukup andai kurang rasa percaya. Lalu, mampukah perkahwinan seorang gadis yang perasan hot tetapi seksi, nakal dan menggoda dengan seorang lelaki yang sejuk beku juga doktor biasa kekal hingga ke syurga apabila mereka dipaksa supaya menamatkan ikatan itu?”