Lily His Forbidden Love
(By Cik Bawang)


Size | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Cik Bawang |
Sejak pertama kali bertentang mata, lelaki itu tidak pernah berhenti memikat hati Lily. Apa saja sanggup dia lakukan demi mendapatkan cinta wanita itu. Siapa yang mampu menolak daya tarik seorang Rian Iskandar? Dan Lily akhirnya jatuh juga.
Mereka bertunang dan Lily percaya kebahagiaan itu milik mereka selamanya. Namun segalanya musnah sekelip mata. Iskandar berubah tanpa sebab, seperti gunting yang kejam memotong bunga yang baru mahu mekar. Dia pergi meninggalkan Lily terkapai-kapai dalam luka dan tanda tanya.
Sehinggalah satu peristiwa memisahkan mereka akhirnya. Dendam Iskandar terbalas!
Dua tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula dalam keadaan yang sangat berbeza. Lily hilang ingatan!
Bagi Iskandar, ini peluang kedua. Dia nekad untuk menebus segala kesalahan dan membina semula cinta yang pernah hancur biarpun ditentang hebat oleh keluarga Lily. Bagi Iskandar, Lily tetap wanita yang dicintainya walaupun dia adalah bunga terlarang.
Lily bukan mawar yang berduri sebaliknya Lily seperti bunga lili, terkenal dengan kelopaknya yang lembut dan bentuk yang elegan. Melambangkan kesucian, keanggunan dan kesedihan. Namun bunga itu juga punya racun. Semakin Iskandar mendekat, semakin dia terperangkap dalam racun kenangan dan perasaannya sendiri.
Bagaimana dengan dendam Iskandar?
Masih adakah luka yang belum sembuh atau adakah cinta mampu membuatkan dendam itu dilupakan?”