“Book Descriptions: Tujuh tahun membawa haluan, Humairah dan Naqib ditakdirkan bertemu semula. Satu pejabat, satu unit dan perlu saling bekerjasama.
“Ni saya nak cakap dengan awak, ya? Antara awak dan saya, ada rahsia. Dan rahsia kita ni saya tak nak orang tahu. Jadi, tolong jangan cakap dengan sesiapa pun pasal hubungan kita sebelum ni. Kalau ada yang tahu, siap awak.” – Humairah
“Huuu… ugut eh. Awak ingat saya nak orang tahu pasal kita ke? Cuma... saya pelik. Kenapa dalam banyak-banyak syarikat surat khabar kat Malaysia ni, awak pilih untuk kerja kat sini? Entah-entah awak ni tak boleh nak lupakan saya agaknya sampai sanggup jadi stalker....” –Naqib
Ego masing-masing tinggi melangit. Tapi sampai bila mampu tipu diri sendiri? Andai cinta masih tersisa di hati.
“Beri saya masa ya, Naqib... fikiran saya tengah bercelaru.” – Humairah
“Saya tahu saya tak boleh paksa awak, tapi saya betul-betul harapkan peluang daripada awak.” –Naqib
Ini bukan kisah mereka semata. Tetapi juga tentang Sofea yang tak putus asa dan Inspektor Munir yang sentiasa mengharap. Jadi hujung cerita siapa jadi milik siapa? Jeng... jeng… jeng…. May the best man win!
***
Haryani membawa kita menjelajah dunia kewartawanan yang menarik, juga menyelami suka duka dan pahit getir kehidupan seorang wartawan. – Habib, Editor” DRIVE