“Book Descriptions: Talentime Productions mencari bakat dan muka baharu untuk projek teater mereka yang akan dipentaskan di Encore Theatre, Melaka. Habsah, pengarah teater terkenal telah mengadakan sesi uji bakat di sebuah universiti untuk tujuan itu. Seorang gadis pemalu bernama Lestari mencuba nasib. Dia bukan gadis biasa. Punya anugerah istimewa. Malah cucu kepada mantan penari istana termasyhur di Johor Bahru suatu ketika dahulu.
“Budak ni memang ada pesona. Ada aura!” - Habsah
Marga Jiwa, penulis skrip teater yang penuh misteri meragui kemampuan Lestari. Tetapi lama-kelamaan hatinya terpaut dan sayangnya tertaut.
“Kiraan saya, dua belas saat kakinya tak jejak bumi sewaktu menari.”– MJ
Pada tahun 1852, pencarian penari-penari muda dari tujuh buah desa untuk membuat persembahan di istana mengundang tanda tanya. Ada yang teruja kerana menyangka akan berlangsungnya temasya. Ada yang syak wasangka lantaran syarat ganjilnya.
“Tarian juga satu bentuk penyembahan dan penyerahan kepada makhluk ghaib.” – Sulong
Apa kaitan Lestari dengan kisah silam istana yang didakwa ghaib dan lenyap dari peta tanahair? Berjayakah teater itu dipentaskan akhirnya atau bakal dilanda malapetaka?” DRIVE