“Book Descriptions: Siapa sangka pertemuan di sebuah pasar raya boleh menjadi pertemuan jodoh? Mawar Hamra seorang gadis berkelulusan penulisan bertemu jejaka bertatu yang bekerja di pasar raya sebagai pengawal cop resit. Kali pertama melihat jejaka itu, Mawar sudah dapat rasakan jejaka itu unik dan dia mahu kenal jejaka itu dengan lebih rapat. Sejak bertemu mata buat kali pertama, Mawar sentiasa mencari jalan untuk bertemu jejaka itu.
"Mana adə saya ikut awakı Saya ikut kucing tu. Tengok tu, comel aje." -- MAWAR HAMRA
"Do you think I'm stupid?" JUDAH HAMKA
Judah Hamka, jejaka misteri yang genius dengan misi melarikan diri. Apabila berjaya melarikan diri setelah bertahun lamanya menjadi tikus makmal, dia terpaksa bekerja di sebuah pasar raya kerana tidak mampu membayar ganti rugi. Misi melarikan diri tidak sepatutnya terhenti, namun, apabila matanya bertemu seorang gadis berbibir merah, semuanya berubah.
"Meeting you was my biggest mistake." - JUDAH HAMKA
"I hope one day you remember me and how much !I loved you. Then you'll hate yourself for letting me go." - MAWAR HAMRA
Apakah kesudahan kisah si penulis buku dan si genius bertatu?” DRIVE