BookShared
  • MEMBER AREA    
  • Iskandar: Her Bastard Fiancé & Khilaf Aulia

    (By Cik Bawang)

    Book Cover Watermark PDF Icon Read Ebook
    ×
    Size 28 MB (28,087 KB)
    Format PDF
    Downloaded 682 times
    Last checked 15 Hour ago!
    Author Cik Bawang
    “Book Descriptions: ISKANDAR: HER BASTARD FIANCE
    "Lily!"
    "Bye! Lily tak boleh tunggu! Nak balik cepat." Lily berjalan laju meninggalkan abang dan kakak iparnya.

    Fahim senyum sinis.

    "Tahulah Is dah balik! Tapi jangan la sampai lupa nak bagitahu abang." Sakat Fahim nakal.

    Lily terhenti melangkah walaupun dia sudah sedikit jauh dari pintu masuk pusat beli belah itu. Berkerut dahi dia seraya berpaling memandang Fahim.
    Fahim yang masih tidak menyedari perubahan sikap Lily masih selamba tayang muka nak menyakat.

    "Mesti saja kan tak nak bagitahu kami yang Iskandar dah balik. Saja la tu tak nak kami kacau dia nak lepas rindu dekat suami dia."

    Terketap rahang Lily menahan perasaan yang menghentam dada. Matanya bergenang dengan tangan yang mengigil.

    "Lily?" Panggil Suha saat menyedari riak wajah gadis itu.

    Lily pantas menggeleng. Sekelip mata riak wajah sendunya berubah ceria walaupun tidak bersinar seperti tadi.

    "Macam mana abang tahu?"

    Fahim gelak kecil. "Terserempak dengan dia semalam dekat mamak."

    Mamak? Lily gelak sinis. Iskandar selamba melepak dekat mamak sedangkan dia tak tahu pun yang lelaki itu dah balik ke Malaysia. Dia tak tahu apa-apa khabar tentang lelaki itu semenjak 8 bulan lalu.

    "Dah seminggu dia balik, baru abang tahu. Sampai bila nak sorok?"

    Nampaknya Iskandar masih nak biarkan Lily tergantung tak bertali. Lily tarik nafas dalam-dalam.

    "Bagilah can kitorang nak honeymoon. Sibuk ajelah abang ni."

    Fahim ketawa kuat sampai Suha jegilkan mata agar lelaki itu memperlahankan suara. Malu bila suara Fahim menarik perhatian orang awam.

    "Gedik gila nak honeymoon segala padahal dah setahun kahwin." Perli Fahim.

    Lily juling mata ke atas. Abang dia tak sedar kut, yang dia tu kahwin lepas 10 tahun baru heboh nak honeymoon.

    "Cakap orang, dia tu lagi teruk! Dah la nak balik."
    Lily pantas berpaling pergi. Tak kuat sebenarnya untuk terus berpura-pura.
    Iskandar ingat dia patung tak ada perasaan? Terima saja semua yang lelaki itu buat pada dia?

    Dia akan ke mahkamah. Waktu tu biar Iskandar sendiri datang cari dia.


    KHILAF AULIA
    "Lepas ni kalau kau susah, merentan tepi jalan, jangan balik cari kami lagi. Anak perempuan aku dah lama mati! Aku tak ada anak perangai macam kau!"

    Suara ibu mentuanya melengking kuat di luar pejabat agama.
    Aulia pula tunduk, memilin jemarinya. Tak sanggup menatap wajah ibu yang diamuk amarah.

    "Ibu, jom balik!" Si wali menarik tangan ibunya. Enggan berurusan dengan sang adik yang telah selamat menikah dengan seorang lelaki.
    "Memalukan!" ucapnya melanggar bahu Aulia.

    Sebelum masuk ke pejabat agama, berbakul sumpah seranah ditelan Aulia. Bernanah telinga Qaer, serasa ingin disumbat mulut dua beranak itu dengan stoking busuk.

    "Aulia..."
    "Ya... ya." Wanita itu tergagap, pandangan tetap menekur kaki.
    "Jom."

    Aulia angkat wajah. Direnung wajah Qaer yang balas merenungnya. Wajah itu hampa dan sarat dengan perasaan kecewa. Tiada secebis rasa bahagia pun dengan pernikahan yang baru saja berlangsung.

    "Nak... pergi ma... mana?" Entah mengapa dia masih tergagap. Padahal yang lebih sakit saat ini batang tubuhnya yang dibantai Aeman beberapa hari sebelum kejadian hari ini berlaku.

    Abang mana yang tak marah? Emak mana yang tak terluka? Dia menconteng arang ke muka keluarga.

    Dia hanya mampu meraung. Berharap pembantaian itu akan mengakibatkan keguguran janinnya. Dengan itu Qaer tak perlu menikahinya dan lelaki itu akan tetap bahagia dengan Naaila. Dia pula jika masih hidup selepas itu akan meneruskan hidup seperti biasa.

    Naaila tak perlu tahu tentang apa yang telah berlaku. Terutama khilaf semalam yang berakibat fatal.

    Malang harapannya tak menjadi kenyataan. Bayi dalam rahimnya terus hidup hingga ke saat ini.”

    Google Drive Logo DRIVE
    Book 1

    Kerana Dendam

    ★★★★★

    D.Dahlia

    Book 1

    Qaid: The Unknown

    ★★★★★

    Effalee

    Book 1

    Nyctophobia

    ★★★★★

    Nurul Ain Syuhada

    Book 1

    Part Time Wife

    ★★★★★

    Aprilhann

    Book 1

    R.I.R

    ★★★★★

    Nasz

    Book 1

    Love & You

    ★★★★★

    LollySnow

    Book 1

    Internet Death Angel (Hazrael, #2)

    ★★★★★

    Harleen

    Book 1

    Hazrael (Hazrael, #1)

    ★★★★★

    Harleen

    Book 1

    Ivy

    ★★★★★

    Akyelrahim

    Book 1

    Kaisar

    ★★★★★

    Jiwa

    Book 1

    His Hidden Bride

    ★★★★★

    Acik Lana

    Book 1

    Troublemaker Couple

    ★★★★★

    Mia Azwari

    Book 1

    It’s You, Always You

    ★★★★★

    Acik Lana

    Book 1

    The Hunter

    ★★★★★

    Missdiyyah

    Book 1

    Mrs. Isaac: Cinta yang Tak Biasa

    ★★★★★

    Fatiha Huda

    Book 1

    Jagaan Jibrail

    ★★★★★

    Asyraaf Hazen

    Book 1

    She

    ★★★★★

    LollySnow

    Book 1

    Ammar Zahrain: The Obsessive Husband

    ★★★★★

    Nssignature