“Book Descriptions: Eirdeena ialah ruang-- sunyi, retak dan sering bergema dengan suara-suara yang menghukumnya. Dia belajar untuk bersembunyi dan mendiamkan diri, kerana dunia hanya mahu serba sempurna-- bahagia tanpa cela, kuat tanpa luka.
Sedangkan Eirdeena cuma mahu rasa cukup, rasa hidup. Dan saat dia hampir percaya, tiada siapa pun yang mampu memahami ruang dalam dirinya. Zuhrad hadir ... membawa nyaman yang dia tak tahu dia perlukan.
Namun, bahagia tak pernah datang tanpa ujian. Ketika kisah silam kembali menghantui dan tekanan daripada dunia luar makin menggila, Eirdeena sedar ... untuk melindungi dia harus pergi.
Tapi sanggupkah dia melihat ruang yang mula terasa sempurna itu ... kosong semula tanpa kehadiran Zuhrad?” DRIVE