Tak Pernah Menyesal
(By Aisya Sofea)


Size | 24 MB (24,083 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 626 times |
Last checked | 11 Hour ago! |
Author | Aisya Sofea |
ada depan Suri, lagi bagus"
'Macam tu sekali Suri cakap dengan abang?"
"Ada cara lain ke untuk Suri lupakan apa yang abang pernah cakap pada Suri dulu?"
Suri sedar, dirinya bukan pilihan lelaki itu dari dulu sehingga
sekarang. Di mata Zayn, dia hanyalah seorang adik. Apatah lagi
bila dia mendapat tahu, Zayn sudah mempunyai pilihan hati.
Menjelang hari pernikahan Suri dengan Dr. Amirul, Zayn
melempar tuduhan bahawa lelaki yang bakal dikahwini oleh
Suri itu bukan seperti yang disangkakan
Bagi Suri, semua itu satu pembohongan semata-mata kerana dari hari pertama dia dan Dr. Amirul menjalinkan hubungan,
Zayn sememangnya tidak senang hati. Dia yakin Zayn cemburu dengan kebahagiaan yang bakal dikecapinya
"Tapi percayalah, bukan niat abang nak buatkan Suri benci
pada abang. Takkan sekali-kali abang sanggup menyakitkan
hati orang yang paling abang sayang. Tak pernah sekalipun
dalam hidup abang berbohong atau tipu Suri. Kita kenal dah
lama. Bukan sekejap, Sejak arwah mama dan papa hidup
Sejak arwah umi masih ada lagi, Suri dah jadi sebahagian
daripada hidup abang. Takkan semudah itu Suri fikir abang
bohong pada Suri?"
Jujurkah Zayn dengan kata-katanya?”