“Book Descriptions: Jiwa Alivia diisi cinta terhadap kekasihnya Bennett dan hobi bercerita menerusi lukisan. Namun geruh tak mencium bau. Apabila kejayaan sebagai pelukis dicantas tuduhan tak berasas, hidup Alivia musnah. Dia kini berhadapan dengan dua pilihan, lari atau lawan. Cadangan Bennett yang mahu mereka melawan dengan tunduk pada amarah orang awam membuatkan Alivia memberontak.
“Minta maaf bermaksud aku kalah dalam tegakkan kebenaran.” – Alivia
Dalam mengharungi hari yang teruk itu, hadir satu pujukan yang mendorong Alivia untuk pergi membawa diri.
“Di sana mereka tak kenal awak. Takkan serang awak.” – Eden
Jalan yang dipilih Alivia dipenuhi onak duri. Ada api dendam menjulang tinggi. Rasa sayang bersegi-segi. Ada cerita yang ingin dilukis lagi. Hanya ketika itu, Alivia belajar bahawa apa yang dicintainya tak pernah meninggalkan dia. Namun, adakah mampu cinta itu diperjuangkan Alivia semula? Masihkah wujud warna kehidupan seandainya cinta mereka tiada?” DRIVE