Pustakawan Berkeldai



Note: If you encounter any issues while opening the Download PDF button, please utilize the online read button to access the complete book page.
Size | 22 MB (22,081 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 598 times |
Status | Available |
Last checked | 9 Hour ago! |
Author | Fakir Baykurt |
“Book Descriptions: Sebuah karya lagenda dari Turki tentang seorang lelaki Turki yang menjadi lagenda dunia!
Pernah anda dengar tentang ‘The Librarian With A Donkey’? Pustakawan Berkeldai. Beliaulah yang diberi gelaran hebat ini.
Mustafa Güzelgöz ialah seorang pustakawan yang bekerja di sebuah perpustakaan kecil di Ürgüp. Namun disebabkan atas kesibukan kerja yang memberikan nafkah harian dan juga jarak yang jauh,penduduk jarang atau tidak sama sekali ke perpustakaan.
Hal ini membuatkan beliau berfikir—jika orang tidak datang ke perpustakaan, maka buku yang harus pergi kepada mereka.
Dengan semangat yang tinggi dan juga gila, beliau membawa
seekor keldai untuk membawa buku ke desa-desa terpencil. Beliau dapat membawa buku ke pelbagai kawasan desa dan terpencil kepada mereka yang tidak pernah membaca buku, terutamanya wanita dan kanak-kanak.
Tujuan murni beliau untuk meningkatkan pembacaan dan literasi di desa pada awalnya dipandang pelik dan mendapat tentangan daripada pihak berkuasa tempatan, namun kejayaan sistem perpustakaan bergerak ini akhirnya mendapat pengiktirafan yang hebat di seluruh negara dan kemudian dunia.
Bermula dengan mengedarkan buku, Mustafa berjaya mendirikan perpustakaan desa, malahan menganjurkan pelbagai aktiviti ilmiah seperti wacana, syarahan dan kursus kemahiran di situ.
Sudah tentu perjalanan Mustafa tidak mudah. Beliau berhadapan dengan cabaran birokrasi dan tekanan apabila masalah masyarakat setempat juga mula diperjuangkan.
Karya ini dikumpulkan dan diceritakan semula oleh seorang sasterawan ulung Turki - Fakir Baykurt. Beliau menulis semula pengalaman Mustafa Guzelgoz dengan cermat dan judulkannya Pustakawan Berkeldai. Kini buku ini sedang disebarluas ke seluruh dunia untuk memperingati beliau.
Apabila bukunya diterbitkan dan diberitahu yang tinggal hanyalah sebuah buku berjudul Pustakawan Berkeldai (kini dalam Bahasa Melayu ini), Mustafa , tersenyum kecil dan dengan nada rendah hati berkata, “Cukuplah ini untuk seorang manusia.””