Kapten Al-Fateh Aysar
(By Hana Efriena)


Size | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | Hana Efriena |
“Ingat tak Allah SWT pernah temukan kita tiga tahun lepas? Waktu tu awak kenalkan nama awak sebagai Teratai Daneen. Dan kalau awak nak tahu sejak daripada hari tu saya tak pernah lupakan awak.” - Kapten Al-Fateh Aysar
Jatuh cinta pandang pertama. Menyebabkan Fateh tak jemu-jemu cuba untuk menawan hati Teratai. Malangnya, kisah lalu buat Teratai terasa serik mahu menyerahkan hati dia pada mana-mana lelaki lagi.
“Awak buat apa di kampung saya, Fateh?” - Teratai Daneen
“Saya ada misi di sini. Misi untuk tawan hati awak dan bawa balik menantu untuk umi saya.” - Kapten Al-Fateh Aysar
Kata Teratai,
“Jangan tunggu saya, Fateh. Sebab saya dah lupa macam mana untuk jatuh cinta.” - Teratai Daneen
Namun ‘kata’ takdir, mereka tetap perlu menyatu. Insiden rumah Teratai terbakar, bagaikan satu peluang untuk Fateh masuk ke dalam hidup wanita itu.
“Rumah saya dah tak ada, Fateh. Dekat mana saya dan Melur nak berteduh selepas ni?” - Teratai Daneen
“Saya boleh jadi tempat awak berteduh, Atai. Saya boleh jadi pelindung awak.” - Kapten Al-Fateh Aysar
Lafaz akad termeterai, walaupun berulang kali Teratai menolak. Namun saat Teratai tahu status sebenar seorang Al-Fateh Aysar, rasa rendah diri buat Teratai sedikit menjauh.
“Siapa awak yang sebenarnya, Fateh?” - Teratai Daneen
“Al-Fateh Aysar bin Datuk Ashraf. Jelas-jelas yang kaya tu walid saya, Atai. Kalau awak nak saya jadi ‘Datuk’ juga, cepat-cepatlah bagi saya anak. Nanti anak kita dapat anak, kita dapat cucu. Saya pun boleh jadi ‘Datuk’..” - Kapten Al-Fateh Aysar
Jawapan Fateh tak pernah serius. Namun jawapan sebegitu jugalah buat hati Teratai rasa terpujuk.
“Saya sayangkan awak, Atai. Bagi saya tempoh setahun untuk buat awak cintakan saya dan buktikan saya ikhlas dengan awak.” - Kapten Al-Fateh Aysar
“Kalau awak gagal?” Teratai Daneen
“Saya akan cuba lepaskan awak dan ingatkan diri sendiri yang sampai bila-bila awak takkan pilih saya.” - Kapten Al-Fateh Aysar
Agak-agak berjaya ke Fateh dengan misi tawan hati dia? Dan Teratai, mampukah dia membalas cinta Fateh tanpa peduli akan kisah silamnya dan Shad Zawir? Sama-sama kita nantikan kisah Fateh-Teratai di dalam nukilan berbentuk digital ini.
💓💓💓💓💓💓💓
“Esok saya dah nak berangkat ke Lubnan, Atai. Awak tak nak datang jumpa saya?” Suara Fateh kedengaran perlahan mengetuk deria telinga Teratai. Teratai sekadar membisu di hujung sana. Menyebabkan hati Fateh terasa seperti ditumbuk-tumbuk.
“Kalau awak nak jumpa suami awak ni, cakaplah. Saya boleh datang ke kampung awak.” Lagi sekali Fateh mencuba, berharap benar Teratai akan memujuk rayu dia untuk datang bertemu dengan wanita itu. Hampa, hanya hembusan nafas sahaja yang kedengaran.
“Atai..” seru Fateh bila mana suasana sekadar hening dan sunyi.
“Saya tahu awak marahkan saya sebab ‘malam’ tu. Saya tahu awak tak berharap pun saya yang akan jadi lelaki pertama sentvh awak. Tapi boleh tak saya nak buat satu permintaan?” aju Fateh, kali ini dalam nada sebak.
“Andai kata saya ‘gvgur’ di sana sebagai seorang wira, awak halalkan perbuatan saya pada awak tu ya? Halalkan saya sentvh awak pada malam tu. Jujur, saya sentvh awak sebab cinta saya pada awak. Bukan sebab nafsv saya, Atai. Kalau sebab nafsv, dari hari pertama awak jadi isteri saya lagi saya dah tuntut hak saya. Tak apa, Atai.. saya tak salahkan awak. Saya tahu saya ni bukan lelaki pilihan awak. Jadi kalau suami awak ni dah tak ada, awak jangan simpan dend4m pada dia tau? Atai..” Jeda, Fateh tunduk menggali nafas yang menghilang.
“Maafkan saya kalau saya terlalu memaksa awak untuk terima saya. Sekarang saya sedar, siapa saya dalam hidup awak. Dan andai kata saya pergi tak kembali, saya nak awak tahu..” Gantung bicara untuk kesekian kali, galau di hati Fateh kian menebal.
“Saya halalkan semuanya tentang awak. Awak akan selalu jadi isteri yang saya redhai, Teratai Daneen. Jaga diri..” Seusai itu, panggilan terus dimatikan.
Teratai tersandar pada dinding. Mulut begitu ingin sekali berkata-kata, namun Teratai tersepit di antara dua perasaan yang berbeza.
Cinta..
Dan takut untuk memberikan hati buat kali kedua.
“Moga Allah S.W.T selalu jaga awak untuk saya, Fateh..” gumam Teratai, lalu menyeka sisa air mata yang gugur ke pipi.”