“Book Descriptions: RH Agency, singkatan kepada Rich Husband Agency, merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan untuk membantu seseorang menyelesaikan misi mereka untuk memikat seseorang daripada golongan bangsawan.
Disebabkan satu misi, Natalia Lee mula mencari tahu siapa jejaka disebalik nama Hanzalah Aryan. Akibat tersilap langkah, Natalia diculik kerana dianggap sebagai pengintip.
Sejak kejadian itu, satu per satu rahsia yang tersimpan rapi mula terungkai. Natalia yang terdesak mahu mencari dalang disebalik kematian ibunya, meminta bantuan daripada Hanz.
“What should I do in return?” - Hanz
“Marry me and let’s make him suffer.” - Natalia
Perkahwinan yang dibina kerana mahu membalas dendam, perlahan-lahan berubah apabila salah seorang daripada mereka mula jatuh cinta.
“Tell me you don’t love me, Hanz! I nak dengar dari mulut you sendiri!” - Natalia