Mr. Crush

(By Schaslee)

Book Cover Watermark PDF Icon
Download PDF Read Ebook

Note: If you encounter any issues while opening the Download PDF button, please utilize the online read button to access the complete book page.

×


Size 21 MB (21,080 KB)
Format PDF
Downloaded 584 times
Status Available
Last checked 8 Hour ago!
Author Schaslee

“Book Descriptions: Nama aku Nora Hazalea. Hidup aku tenang saja sehinggalah Mr Crush masa aku tingkatan tiga kembali wujud dalam hidup aku. Sebut sahaja Hazwan bin Ramli, memang boleh buat darah aku naik hingga ke kepala.

Dulu, aku tak tahu di mana silapnya, tiba-tiba saja surat cinta yang aku tulis untuk Hazwan telah tersebar satu sekolah. Bukan setakat dapat malu, sakit pun dapat. Sejak itu, aku anti dengan makhluk Tuhan bernama Hazwan bin Ramli.

“Saya benci awak.” - Nora Hazalea
“Bencilah, Lea. Kalau Lea nak benci Wan pun, Wan terima.” - Hazwan

Demi menebus rasa bersalah dan membetulkan kesilapan masa lalu terhadap mak, sekelip mata, status aku bertukar menjadi tunangan Hazwan. Namun, aku tidak henti-henti merangka rancangan supaya ikatan ini terlerai. Aku tetap nak putus tunang dengan Hazwan!

“Lagipun, orang tua selalu pesan. Jangan benci lama-lama, nanti sayang. Kan, sayang?” - Hazwan
“Jujur cakap, saya tak nak teruskan pertunangan ni.” - Nora Hazalea

Aku rasa sudah berkali-kali aku beritahu Hazwan yang aku tak suka dia. Hazwan ni memang tak faham bahasa agaknya. Akibat rasa kecewa dengan peristiwa lalu, hati aku begitu sukar untuk terima Hazwan dan cinta Hazwan.

“Hati Wan dah sedia untuk terima Lea. Bukan sebab terpaksa. Tapi, Wan ikhlas nak jadikan Lea sebagai isteri. Walaupun, Wan tahu Wan bukanlah calon yang sesuai untuk Lea, namun Wan cuba untuk jadi yang terbaik buat Lea.” - Hazwan
“Awak tak rasa menyesal ke? Saya ni buruk.” - Nora Hazalea”