Isteri Si Duda Garang
(By Ammara Ayyash)


Size | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Ammara Ayyash |
“Aku sangkakan kau dah beranak pinak lepas buat keputusan tinggalkan aku demi lelaki lain.” - Uwais
Disebabkan kata-kata pedas Uwais, Dian hampir batalkan perkahwinan mereka. Namun mengetahui kewujudan Hafiya membuatkan Dian menarik semula keputusannya.
“Siapa ajar kau masak letak gula?”
“Aku tak suka kau tidur lepas subuh.”
“Siapa bagi kau hak sentuh baju-baju aku? Kau tak pandai iron baju aku macam mana aku buat!”
“Telur goyang tu maksudnya telur separuh masak, bukan hangit macam muka kau!”
“Bila nak sangkut baju tu, terbalikkan dulu!”
Uwais merasakan Dian tak tahu apa-apa langsung tentang hidup. Kerja pun tak mahu. Konon nak jadi ibu tiri misali padahal malas nak bekerja.
“Kadang-kadang aku rasa bersyukur sangat sebab kita tak jadi kahwin dulu. Tahap kebodohan kau ni buat aku hilang sabar.” - Uwais
Dian pun hilang sabar dengan perangai dan mulut Uwais. Lelaki ini suka cakap ikut sedap mulut, tak fikir hati dan perasaannya sebagai seorang isteri.
“Saya ingat saya nak sambung belajar.” - Dian
“Tak payah. Nanti kau dah pandai, kau pijak kepala aku pula. Biarkan kau terus jadi bodoh di sisi aku supaya banyak lagi benda aku boleh ajar kau.“ - Uwais.
“Dari sekolah dulu lagi saya ni bodoh. Duduk kelas akhir, tak macam awak kelas pertama. Ex-wife awak pun orang terpelajar, kan? Sebab tu awak benci sangat dengan saya sebab saya ni bodoh. Dah tu kahwin lah balik dengan ex-wife awak tu!” - Dian
Keegoan Uwais akhirnya membuatkan Dian merajuk hati dan membawa diri hingga membuatkan lelaki itu tersedar yang Dian adalah cinta pertama dan terakhirnya.”