“Book Descriptions: "Ini bukan pilihan, ini arahan." - ARRAN XAVIER-
Terdapat sebuah rahsia yang sudah lama disimpan oleh jejaka itu. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk dia menemui seorang gadis yang banyak berkait hubung dengan kehidupannya.
"You're my childhood friend, Lia. Aku masih ingat, kau cakap kau mahu kahwin dengan aku. Aku tunggu kau." - ARRAN XAVIER-
Namun, pada suatu malam... Lia terdengar perbualan Xavier bersama dengan sepupu jejaka itu, Jayden.
"Tabur janji manis, tapi ada agenda. Hantar saya pulang ke rumah buruk saya." - ARELLIA CULLEN -
Namun sang jejaka itu tetap dengan pendirian dirinya. Dia yakin dengan keputusannya dan sedikit pun dia tidak mahu mengambil kesempatan ke atas diri Lia semata-mata untuk kesenangan dirinya.
"Saya tak nak kahwin dengan awak, Xavier!" - ARELLIA CULLEN -
"Yes you will, mien liebchen." - ARRAN XAVIER -
Namun, kehidupan berumahtangga tidaklah seindah seperti yang disangkakan.
"Aku akan bida Lia di pesta bida Itali." - BLAKE CULLEN -
Adakah Xavier dan yang lain mampu mengharungi ancaman daripada abang Lia?” DRIVE