“Book Descriptions: “Strawberi kamu tu memang manis. Tak pernah lagi mak cik rasa strawberi semanis ni.”
Pujian demi pujian yang diterima terhadap buah merah yang menjadi kegilaan orang kampung membuatkan Baysan gembira. Apatah lagi apabila ada yang menyuruh Baysan meluaskan lagi tempat buah strawberi manis itu dijual.
Namun, Baysan risau kerana tiada orang yang boleh membantunya di kebun. Hendak minta bantuan Nazareth? Harapkan tampan dan pandai menari sahaja, namun takut pada serangga dan ulat!
Sehinggalah suatu hari, ada tragedi buruk menimpa kebun strawberi kesayangan Baysan!
Mampukah Nazareth sebagai abang mengatasi rasa takutnya demi membantu Baysan dan menyelamatkan keadaan, sekali gus menyelesaikan misteri yang melanda kebun tersebut?” DRIVE