BookShared
  • MEMBER AREA    
  • Dua Hati Satu Takdir

    (By Aulia Iman)

    Book Cover Watermark PDF Icon Read Ebook
    ×
    Size 21 MB (21,080 KB)
    Format PDF
    Downloaded 584 times
    Last checked 8 Hour ago!
    Author Aulia Iman
    “Book Descriptions: Siapa sangka jarak antara dua benua menjadi punca Aqilah terpaksa melupakan Arman, cinta yang bersemi sejak di bangku sekolah lagi.

    Bila hati sudah hancur dilapah perpisahan, bukan mudah untuk Aqilah bangkit daripada kesedihan. Lama dia menyendiri hingga status single menjadi kerisauan orang tua.

    Sudah suratan jodoh, pilihan orang tua diterima dengan hati terbuka. Kerana dia wanita solehah, Aqilah belajar melupakan Arman sekaligus mencurahkan taat dan setianya hanya kepada Fakhrul Razi.

    Aqilah sangka, Razi adalah lelaki terbaik yang ditakdirkan menjadi nakhoda dalam pelayaran mereka menuju ke syurga. Namun, satu persatu kejadian menangkis segala tanggapan.

    “Macam mana awak boleh mengandung? Awak jangan nak bergurau benda-benda macam ni, saya tak suka.”- Razi

    “Sepatutnya awak gembira bila saya mengandung. Awak kena ingat, bukan semua pasangan yang mendirikan rumah tangga, direzekikan dengan rezeki anak.”- Aqilah

    Kerana belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai ayah, Razi meminta agar kandungan itu disingkirkan. Kejutan pertama menimbulkan api curiga seorang isteri namun Aqilah cuba bersangka baik. Namun kejadian kedua memaparkan siapa Razi yang sebenarnya.

    “Awak, saya nak balik jaga mak.”- Aqilah

    “Faris kan ada. Orang sakit dah tentu sakit. Biar sajalah Faris jaga. Hawa pun ada, awak tak balik pun tak mengapa. Bukan boleh mengurangkan sakit mak.”- Razi

    Razi menjunjung ego sebagai seorang suami yang tak berempati. Lama kelamaan, taat dan setia seorang isteri mulai teruji.

    Karakter Aqilah yang lemah lembut mula berubah sedikit demi sedikit hingga dia mula berdikari tanpa mengharapkan apa-apa daripada figura lelaki bergelar suami.

    Entah bila bermula, Razi tiba-tiba berubah hati. Kewujudan watak Nurin menghantui kehidupan Aqilah. Lebih menyayat hati, Aqilah dimadukan ketika dia sarat mengandung zuriat yang tidak diinginkan sang suami.

    Dalam masa yang sama, sikap diktator Razi semakin menjadi-jadi. Ketika si ibu hampir menghembuskan nafasnya, Razi kekal dengan sikap bongkak dan enggan melepaskan Aqilah pergi.

    “Orang tua tu nak mati, silakan mati. Dia tak patut pergi! Aku tak izinkan!”- Razi

    Melangkah pergi atau setia di sisi suami, Aqilah terpaksa membuat pilihan yang paling tepat. Antara taat kepada suami dan kasih kepada ibu, insan yang manakah menjadi keutamaan seorang wanita sehebat Aqilah.”

    Google Drive Logo DRIVE
    Book 1

    Suamimu Bukan Suamiku

    ★★★★★

    Rissa Ahdiya