“Book Descriptions: Kata Izhar, dia sudah tidak mampu bertahan hidup dengan Ana. Tak pernah rasa bahagia selama melayari bahtera rumah tangga. Jadi, kata Ana nak tunggu apa lagi. Baiklah buat hal masing-masing.
Yang sebenarnya Izhar sudah berkalih kasih. Dia jatuh cinta dengan rakan satu tempat kerja. Ana pasrah. Balik kampung, kerja bengkel roti dan biskut untuk kelangsungan hidup.
Namun ada hal yang cukup tidak enak didengar. Nurul, bekas adik ipar Ana bawa cerita yang Ana tu kena cerai sebab mandul. Bukan disebabkan abang dia curang. Lebih-lebih lagi selepas sebulan nikah lain, isteri abang dia dah mengandung.
Ana senyumkan saja sebab dia tahu cerita sebenarnya. Cuma Ana nak tengok, berani atau tidak Nurul bercerita tentang hal bakal anak saudara dia itu.” DRIVE