Pikah : Isteri Sedingin Ais
(By Aleya Aneesa)


Size | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Aleya Aneesa |
Itulah yang terpaksa Pikah lalui sejak kecil. Dia lelah. Dia penat. Dia mahu keluar daripada rumah yang di luar gah seperti istana tapi di dalam panas bak neraka. Namun bila sang ibu memilih setia biarpun setiap hari terpaksa berjalan di atas bara api, dia akur. Tapi akurnya bukan lagi akur membabi buta. Akurnya bersulam tekad. Sampai masa, rumah jahanam itu akan ditinggalkan!
Lalu dia menyusun strategi. Sang ibu tiri dan adik yang bongkak tak akan dibiarkan menang bergaya. Cukuplah 26 tahun. Dia muak! Kini, masa untuk membalas. Lantas, bila Airin memakinya, dia maki Airin kembali. Bila Airin memukulnya, dia pukul Airin semula. Datin Salina pun tak pernah diberi muka lagi. Baginya apa jadi sekalipun, kalau dia sakit, anak dan ibu itu juga perlu sakit. Biar sepadan!
Dan pada saat Kaisar datang menghulurkan tangan, dia mula nampak cahaya. Lalu dia memilih pergi. Tak peduli, walaupun pilihan itu bererti dia hilang babahnya untuk selama-lamanya. Tak apalah! Pada asalnya, kasih sayang dan perhatian babahnya tak pernah pun jadi miliknya.
Sayangnya, belum puas bahagia dikecap, Airin muncul menagih Kaisar. Tenang yang baru dirasa kembali berkocak. Hatinya yang mula gembira kembali merusuh. Dia takut. Dia bimbang. Selebihnya dia, sayang. Tapi dalam masa yang sama, dia tahu suami bukan milik abadi seorang isteri.
Dia pasrah. Dia mengalah. Kalau sudah begitu takdirnya, dia terima. Hanya saja, hatinya terus berbisik… semudah itukah dia mengalah dengan Airin? Tak cukup lagikah semua yang Airin ambil daripadanya selama ini? Sampai bila dia mesti jadi mangsa buli? Pikah… celaru!”