Secangkir Kopi Karamel
(By Ijazati Habib) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Ijazati Habib |
Kerana benci kepada saudara tiri yang sering menganggapnya penumpang, Irdina mahu menjauhkan diri daripada keluarga. Dia fikir, kahwin ialah jalan terbaik untuk dia mencapai bahagia. Di universiti, dia rapat dengan seorang lelaki yang dikenalinya sejak zaman sekolah. Dia nekad mahu mengahwini lelaki itu sebaik sahaja menamatkan pelajaran. Namun, cintanya ditolak.
Tatkala Irdina sedang bertatih merawat luka, timbul gosip bahawa Irdina mempunyai hubungan sulit dengan seseorang yang terkenal. Demi mempertahankan maruah...
“Aku nampak jalan keluar... tapi macam melampau sikit.”
“Apa dia?”
“Kau kahwin dengan aku.” Rayyan berkata selamba. Mendatar. Dia memang hati kering.
“Hah?” Dia ni melamar aku ke apa? Ajak kahwin? Serius? Tapi tak romantik langsung. Nada macam kayu... plain!
Perkahwinannya dengan Rayyan membuahkan bibit-bibit bahagia. Kehadiran Irdina dalam hidup Rayyan juga telah mengubah kehidupan sosial Rayyan. Sedang mereka melayari kehidupan bahagia suami isteri, mereka diuji dengan sesuatu yang lebih menyayat hati. Tegarkah mereka untuk terus bertahan?
Hidupku pahit seperti kopi,
Kau karamel yang melengkapi...
***
Suka dan duka Irdina dalam Secangkir Kopi Karamel yang diolah dengan gaya santai dan memikat hati cara IJAZATI HABIB membuatkan kita setia hingga ke muka surat terakhir.”