Cempaka di Langit Rajab
(By Lily Haslina Nasir) Read EbookSize | 26 MB (26,085 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 654 times |
Last checked | 13 Hour ago! |
Author | Lily Haslina Nasir |
Karmila – Cintanya berkecai di rusuk Aidit. Sengsaranya tercipta di neraka Fakri.
Cempaka - Semangatnya menjulang tinggi, memacu langit. Wanita harus mandiri. Wanita boleh mencipta bahagia sendiri biar jiwa meronta mahu menyambut kasih Hizairi.
Cempaka Di Langit Rajab, kisah penuh sejarah yang nyata, menyusuri pedih luka, tawa canda dan rebah bangkit, jiwa tiga wanita, tiga generasi. Cinta menjadi sangat epik tatkala ia mampu mengasuh kalbu, menjadi manusia yang lebih dewasa. Ada ketika, takdir hidup amat menguji diri. Lebih menambah sengsara apabila kebahagiaan bagai sukar digapai sepanjang kehidupan. Takdir merantai hati, cinta sejati bagai tidak bertemu jalan pulang ke sanubari. Entah di mana yang salah, entah apa dosa di masa silam, tiga wanita dari leluhur yang sama, sukar menjamah erti cinta. Hidup sentiasa diduga.
Namun Cempaka tidak sesekali beralah. Dia mewarisi semangat juang keturunannya. Dunia peragaan tidak pernah membuat dia lupa diri. Penderitaan ibunda, Karmila, menjadi tunjang kekuatan. Wanita harus bangkit. Bahagia itu pilihan. Hanya Hizairi yang mampu melunakkan perasaannya. Antara dendam, kecewa dan semangat untuk bangkit, Cempaka akur dengan rencana Tuhan di kala bulan Rajab menyapa langit.”