“Book Descriptions: "Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati."
Sejak 1515 dan Tuhan Manusia, Perempuan Nan Bercinta adalah karya Faisal Tehrani yang paling provokatif setakat ini.
"Tidak syak lagi, sejauh ini, suaranya 'menentang' yang cuba mencari kewarasan setiap peristiwa yang sedang berlaku di seputarnya." Sasterawan Negara Datuk (Dr.) A. Samad Said Dewan Sastera, November 2002
"Faisal Tehrani dengan mutu karya tidak boleh dipersoalkan, seiring dengan kepelbagaian genre diceburi daripada cerpen, novel, drama dan esei, di samping teknik penulisan membanggakan sehingga mampu menarik pengkaji." Berita Harian, 18 Jun 2009” DRIVE