“Book Descriptions: Segugus cerpen terpilih ini adalah sebahagian khazanah seni A. Samad Said yag di pilihnya sendiri. Bermula dengan cerpen-cerpen matangnya, beliau menjejaki semula pengalaman dirinya melalui cerpen-cerpen terpilih ini. Menelitinya satu per satu karya tersebut, kita akan dapat memahami gelora kehidupannya - sebagai seniwan, juga sebagai insan biasa.
Kata A. Samad Said , beliau sebenarnya tidak perlu menulis autobiografi kerana dalam 22 cerpennya yang terpilih ini telah pun terhimpun inti kehidupannya selama lebih lima dekad.
Tidak sahaja Tasik Syahdu dan cerpen-cerpen lain ini - secara tersusun - menghidangkan semula pengalaman harian dan pertunbuhan seni pentingnya, malah kumpulan cerpen ini juga sempat meninggalkan warisan khazanah seni mewakili diri beliau.
Menghirup pengalaman dan seni daripada tasik syahdu kehidupan A.Samad Said akan membuatkan kita terharu oleh kuasa sastera Melayu selama lebih lima dekad ini
Cerpen-cerpen yang terkandung dalam antologi ini:
01. Tasik Syahdu 02. Di Sisi Rinda 03. Dosa Pejuang 04. Buruh Paksa 05. Saat Terakhir 06. Dari Tanah ke Tanah 07. Daun Jejawi 08. Ke Daerah yang Lebih Kerdil 09. Di Tepi Jalan 10. Longkang 11. Pagi 12. Perempuan dari Kampung Kambing 13. Kakak 14. Malam Merangkak ke Hujungnya 15. Dari Tingkap Sebuah Bangunan 16. Langit Malam Tiada Berbintang 17. Menanti 18. Pulang Malam 19. Ahmad Zago 20. Tamrin Gil 21. M.P. Gudu-Gudu 22. Sasterawan Daiman Kereko” DRIVE