“Book Descriptions: Batang-batang balak yang bergelimpangan berculang-caling - dirasanya seperti satu petaka menimpa penduduk Uma Bawang - umpama mayat-mayat mereka yang bergelimpangan. Jeritan gergaji yang memotong pokok, dirasanya seperti memotong kaki penduduk Uma Bawang.
"Anak aku sudah mati. Semua orang kata dia ditimpa balak kerana tidak berhati-hati memasang jerat. Tapi adakah pokok itu yang tumbang atau ditumbangkan? Dalam sejarah Uma Bawang, tidak ada yang mati kerana ditimpa pokok!"” DRIVE