Masharakat Chantek: Enigma Penyisihan OKU
(By Mohd Rosli Ibrahim)


Size | 22 MB (22,081 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 598 times |
Last checked | 9 Hour ago! |
Author | Mohd Rosli Ibrahim |
Selalunya OKU dianggap sebagai sumber inspirasi hanya karena mereka sedang berjuang untuk bertahan hidup meski dengan kekurangupayaan. Namun, pandangan ini mengabaikan realiti kelemahan sosial yang mereka alami tatkala masyarakat pula seringkali gagal mendukung mereka. Masyarakat mendabik bahawa mereka sangat menyantuni OKU. Mereka sudah menyediakan imaginasi ‘istimewa’, ‘khas’, ‘penuh inspirasi’. OKU yang tidak berupaya hanyalah mereka yang malas berusaha. ‘Masyarakat cantik’ hanya menanggapi OKU dalam imej-imej kekurangupayaan dan mengabaikan ketidakupayaan sosial yang dialami oleh mereka. Kehadiran buku ini sedang menzahirkan fikiran-fikiran yang melangkaui zamannya. Penulis sedang merebut kembali wacana kekurangupayaan dan ketidakupayaan yang selama ini menjadi milik hegemoni ‘masyarakat cantik’.
Naratif semasa mengenai OKU sedang diperdebatkan kembali dalam laras-laras popular dengan disertai perspektif mendalam penelitian akademik. Buku kecil ini menggarap segala permasalahan selingkar OKU dengan bersahaja. Semua persoalan-persoalan rumit ini akan cuba ditelanjangi secara jelas dan tanpa disembunyikan lagi. Hal demikian kerana ada beberapa sisi yang masih tersembunyi daripada pemahaman khalayak awam mengenainya. Kehadiran buku kecil ini cuba memberikan suatu pemetaan baharu kepada kefahaman sedia ada berkaitan OKU. Analisisnya masih boleh diperdebatkan secara ilmiah. Semoga para pembaca yang budiman berhenti sejenak dan merenung sedalam-dalamnya setiap pandangan yang dilontarkan oleh penulis.”